DULU KUCING, KINI HAMSTER

Kesian dia sedih mommy tinggal

Yang biru tu Fiza punya RM 50, yang zumal RM 30 saiz sama tapi kedai berbeza

Buh dalam besen masa duk cuci sangkar

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dulu kucing, kini hamster bukannya kisah kena sumpah yer. Kot la ada yang ingat kucing zumal jadi hamster. Tak berlaku macam tu oke. Kucing zumal semua dah diserahkan pada penjaga baru dan ada yang hilang sejak arwah tok ada lagi. Rindu kat boboi tu tau sebab selalu main dan gaduh dengan dia.

Mai mana lak kisah hamster ni? Nak dijadikan cerita awal Ramadhan lalu cik Fiza tu dapat 4 ekor hamster daripada abang dia. Satu hari tu, zumal keluar dengan abah dan mak dia nak tengok sangkar hamster. Zumal memang target nak pergi kedai Aci je, ACI PET SHOP depan sekolah menengah Tuanku Lailatul Shahren tu. Masa kami duk tengok tu abah dia kata kat rumah ada akuarium besaq, jadi zumal amik la bekas air dan bekas makanan serta habuk kayu dan makanan hamster tu untuk depa. Dalam keta tu lak abah dia kata amik la semua hamster tu kat zumal sebab cik Fiza nak sambung study kat Penang bulan depan. Ke situ lak pak cik ni. 

Lepas depa balik rumah petang tu suh p amik hamster kat rumah depa. Cik Fiza nak bagi 2 ekor ja. Lagi 2 dia nak bela dulu. Zumal tengok akuarium depa besaq sangat jadi zumal amik hamster je la. Petang tu baru beli complete set sangkar. Ada satu je tinggal yang RM30. Rasa untung lak.

La ni bela 2 ekor la. Tapi kan, orang tu yang tak mau bela tu p beli lagi 2 ekor sebab abah dia balik cerita ada yang hitam. Nampak gaya bulan 7 ni jadi pak angkat untuk 6 ekor hamster la yer. Hai la Kak Chaq, ai penyek-penyet u nanti tau.

Comments

  1. RAJIN ZUMAL BELA PETS SELAIN KUCING TAMBAH HAMSTER LAGI

    ReplyDelete
  2. Hamster bagus juga bro..

    cuma tak de respond macam kucing

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts