EOperasi - Apa Yang Anda Perlu Tahu




EOperasi Modul Pengurusan Guru merupakan salah satu modul pengurusan daripada KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). Anda tahu apa itu E-Operasi

Suatu masa dulu, cikgu hanya menggunakan rekod secara manual

EOperasi adalah sebuah aplikasi yang digunakan oleh cikgu-cikgu untuk kemaskini data mereka dalam perkhidmatan perguruan yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. EOperasi ini memang tidak asing lagi kepada cikgu-cikgu. Kita di luar perkhidmatan perguruan sahaja belum didedahkan mengenainya. Selain itu juga, Kerajaan telahpun membangunkan pelbagai sistem yang masih ramai tidak tahu, antaranya:

- APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid)
- HRMiS 

Sistem-sistem ini dibangunkan khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia menyimpan data dan membantu kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.


E-Operasi juga digunakan untuk menyemak status cikgu-cikgu jika ada di antara mereka yang ingin bertukar tempat  (berpindah) melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG) di dalam sistem online ini. Dengan sistem ini cikgu-cikgu boleh mengetahui permohonan mereka diluluskan atau tidak dengan lebih cepat.

Setelah wujudnya e Operasi ini, cikgu-cikgu akan lebih mudah menguruskan data-data yang penting semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet. Kalau zaman Zumal dulu segalanya manual menggunakan pen dan kertas sahaja. Alhamdulillah sistem perguruan juga mengikut peredaran zaman yang serba canggih ini.


Zumal rasa masih ramai cikgu-cikgu kita yang masih belum tahu cara atau belum tahu untuk menggunakan sistem e-Operasi ini betul? Di bawah ini adalah cara untuk login e-Operasi Modul Pengurusan Guru:

Untuk mengetahui panduan untuk login eOperasi secara online sila klik di sini --> eOperasi

Cikgu-cikgu digalakkan untuk login sistem ini melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk mengemaskini data-data melalui e-Operasi.

Modul eoperasi ini menguruskan berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pengguna (guru dan bukan guru) dan pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah).

Cadangan Zumal, untuk mendedahkan sistem eOperasi secara lebih mendalam pihak KPM harus menganjurkan bengkel berkaitan eOperasi ini seperti Bengkel HRMiS yang dijalankan di jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini semoga ia dapat membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai eOperasi 2017 ini dan mengemaskini data-data mereka hanya secara online terutama untuk cikgu-cikgu di Malaysia. Terima kasih kerana sudi membaca...

Comments

  1. lepas nie nak check result adik or anak sennag je ek.. sumenye di hujung jari..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts