HIJRAH LAGI...


Encik Hazam (Pengarah JKM Perlis )
menyampaikan cenderahati untuk Zumal 

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Jumpa lagi kita dalam warkah blog Dunia Zumal ini. Pada masa Zumal menaip entri ini, Zumal dah berada jauh dari negeri kelahiran Zumal. 

Khamis lalu Pengarah bersama Timbalan Pengarah JKM Perlis serta staff unit warga emas JKM Perlis telah mengadakan jamuan perpisahan untuk Zumal. Zumal ni sudah beberapa kali berhijrah kali ni hijrah lebih jauh. 

Kali ni Zumal berhijrah ke Selangor pula untuk mencari kerja yang lebih sesuai. Bukannya kerja lama menyusahkan tapi bayaran tu tak sesuai dengan komitmen Zumal yang banyak. 

Walau apa pun Zumal amat menghargai peluang yang telah diberikan oleh pihak JKM Perlis untuk mencari rezeki di Pusat Aktiviti Warga Emas Perlis  selama setahun 4 bulan. Tak pernah lupa segala kenangan pahit manis di sana.

Kalau nak tahu, cenderahati tu baju kemeja. Zumal suka sangat. Datang interview Sabtu lepas Zumal pakai baju tu. Terus dapat kerja. Alhamdulillah.

Semoga hijrah kali ini membawa kesan positif. Lagi pun dekat Selangor ni family zumal pun dekat. Doakan Zumal berjaya di sini... 

Comments

Post a Comment

Popular Posts