KORBAN


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari Raya Aidiladha baru berlalu. Pada tahun ni walaupun Zumal di ofis dari sebelum raya hingga ke malam hari raya tapi pada raya kedua Pak Cik Zainal invite Zumal ke majlis korban di rumah anaknya yang Zumal panggil angah. 

Untuk pertama kali Zumal diajak tolong buat kerja. Sejak dulu sekadar tolong tengok ja orang sembelih lembu dan lapah lembu. Setelah menolong depa baru tahu seksanya nak urus seekor lembu untuk dikorbankan. Nampak macam senang. Nak tumbangkan lembu pun susah rupanya. Lembu tak rela dikorban. Melawan. Berbekas tangan lawan tarik dengan lembu. Alhamdulillah setengah jam tumbang juga. Tapi tunggu putus nyawa lepas sembelih pun lama juga. 







Lepas lapah lembu tu, depa potong daging untuk masak. Rupanya depa tak rancang pun nak masak terus. Semua setuju nak buat kenduri. Siap masak masak terus buat kenduri kampung dalam pukul 1 tengah hari camtu. Sementara tengah memasak tu pun ada yang pergi memanggil jiran tetangga untuk kenduri korban. 

Bukan sekadar makan tengah hari ja. Malam pula aktiviti bakar daging dan makan lagi. Alhamdulillah selesai majlis dengan jaya. Kenyang tahap gaban depa kata. Tak ubah jadi macam lembu dah. 

Itulah pengalaman raya korban Zumal tahun ni. Dapat juga berbual dengan depa di saat akhir sebelum Zumal meninggalkan bumi Perlis. 

Comments

  1. alhamdulillah....selesai sudah korbannya

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH SELAMAT BERIBADAH KURBAN

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... salam Aidiladha dan salam berblogging Zumal :)

    ReplyDelete
  4. seminggu mkn daging korban ya ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts