APAM BALIK 360

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu kembali kita dalam ruang usang Dunia Zumal ini yer. Sejak berhijrah ke Selangor ni, makanan pun dah macam-macam Zumal rasa. Kekadang cari juga makanan yang kebiasaan duk makan masa di kampung tu. 


Sejak kerja di ofis baru ni, Zumal dikenalkan dengan Apam Balik 360. Di Perlis apom  balik kami sebut. Mulanya tak teringin pun sebab makanan ni familiar sangat. Rupanya Apam Balik 360 ni special weh.

Apam balik 360 ni setiap hari orang beratur nak beli tau. Lebih baik pergi awal bila teringin tu. Order dulu melalui fon pun boleh. 




Perkara membezakan Apam Balik 360 ni dengan apam balik   biasa ialah di sini anda boleh memilih topping atau pun inti apa yang anda mahukan, ada rasa coklat, pisang, cheese,peanut butter dan lain-lain macam menu waffle. Terbaik laa...

Nak cuba? Boleh ke lokasi gerai mereka di Jalan Balung Ayam, Taman Gembira, Teluk Gadong Klang, boleh search dengan google map tau.

Untuk makluman lain mengenai mereka boleh terjah DI SINI

Comments

  1. Replies
    1. Harga tu, yg biasa sama macam tempat lain cuma untuk topping lain tu harga lebih sikit

      Delete
  2. Suka makan apam balik ni..best dimakan bersama kopi panas..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts