HADIAH HARI JADI OHSEM

HADIAH HARI JADI OHSEM



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Apa khabar korang yer?Harap-harap sihat selalu disamping insan tersayang. Bertemu kembali kita dalam ruang blog usang Dunia Zumal ini. Hari yang istimewa kalau kita tak raikan pastinya ia akan suram dan lama-lama kita akan terlupa. Jadi untuk tak mahu ianya dilupakan, kita kenalah ingatinya dengan meraikannya bersama. Setidak-tidaknya beli la hadiah untuk tanda ingatan kita tu. Macam tu la apa yang Zumal lakukan sekarang ni. Sejak duduk di Klang ni Zumal kerja sepejabat dengan adik. Kiranya dekat la berkumpul sekeluarga kami yang tak besar ni. 

Selalu zumal susah nak ingat birthday adik beradik ni. Sejak dah kerja sekali boleh check tarikh lahir dalam resume adik.  Alamak nanti bocor rahsia kita tak ingat birthday dia. Jangan beritahu dia yer, nanti masam lak muka adik Zumal tu. Sebab dia memang orang pertama wish birthday Zumal tetiap tahun. Hehe...

Kebetulan pula Printcious buat promosi bulan Oktober lepas tau. Kebiasaan Printcious adakan diskaun antara 30% hingga 70% tau. Korang nak order banyak pun boleh, kabar harganya lebih murah. Jadi Zumal pun order mug macam kat bawah ni. Cantik tak??? Mesti la cantik kalau dah order pun dengan Printcious yer...


Istimewanya kalau korang order dekat Printcious ni korang boleh edit sendiri gambar yang korang nak letak kat gift yang korang nak order tu. Tak kisah la korang nak order mug ke, button badge, tshirt, beg, keychain, kusyen, dan macam-macam lagi pilihan hadiah dan cenderahati yang boleh korang pilih di Printcious ni. Kalau korang nak pilih gambar atau kata-kata yang sedia ada dalam web site printcious pun boleh juga. Harga pula berpatutan dengan kualiti barang yang kita terima. Barang yang kita order ni akan diterima dalam 3 sehingga 5 hari bekerja. Kalau hari istimewa tu dalam seminggu lagi boleh terus order sekarang.

Adik Zumal suka sangat mug tu. Gambar dalam mug tu, gambar adik dan kucing kesayangan dia. Kalau kucing tu tengok mug ada gambar dia mesti dia pun suka kan? Hehe gurau je. Sekarang adik Zumal selalu guna mug tu untuk minum coklat panas kegemaran dia.

Terima kasih Printcious kerana membuatkan adik Zumal gembira di hari lahirnya. Alhamdulillah berjaya la buat surprise kali ni.

Korang pun belum terlambat untuk menghadiahkan sesuatu yang awesome untuk insan kesayangan korang. Order la di Printcious. Pasti hari istimewa itu lebih bermakna dengan hadiah DIY korang sendiri untuk insan tersayang.

Nak tahu cara nak order gift dekat Printcious, korang boleh la klik SINI.




Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart

Comments

Post a Comment

Popular Posts