RAHSIA KERETA TERPAKAI


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Setelah hampir 2 bulan bergelumang dengan dunia kereta, hari ni zumal terpanggil untuk berkongsi beberapa trick yang orang jual kereta terpakai guna untuk goda anda membelinya. Jom baca. 

Pertama sekali korang nak beli kereta mesti tengok rupa kereta tu kan? Orang nak jual mesti dia buat kereta tu cun habis sampai boleh memikat hati anda membelinya. Walaupun anda tengok kereta tu warna sebijik seperti warna dalam geran tak semestinya tu warna asal. Luaran je tu, awak tengok dalam bonet depan atau belakang, warna sebelah dalam tu sama ke? Kekadang dorang cat semula, touch up bagi cun. Kalau sebelah dalam ada benjolan maknanya kereta tu ada kemek dan dah disimenkan semula. 

Free accident, semua nak beli kereta yang tak pernah kemalangan. Maybe tak nak masalah tertentu kita alami kemuadian hari. Kalau insurans kereta tu dah claim NCD, confirm la kereta pernah terjadi sesuatu. Enjin mungkin elok. Kecacatan luaran akan disembunyikan sebaik mungkin. Dorang akan cakap tak pernah kemalangan. Test drive boleh rasai kereta tu ok atau tak. 

Seterusnya kita akan cari kereta yang baru seorang pemunya. Maknanya kita jadi pemunya kedua. Untuk pengetahuan, tahun 2017 ini geran kereta fesyen baru dikeluarkan dan hanya ada nama pemilik terakhir saja kat situ. Senang penjual kereta nak tipu. Korang hanya boleh tahu dari jpj jer. 

Batuan rendah, lagi satu yang orang selalu ambil tahu sebelum nak beli kereta. Tahu tak penjual kereta ni boleh ubah jumlah batuan kat odometer kereta tu. Dorang akan letak ikut logik berapa tahun dan berapa odometer sebaiknya. Jangan terpedaya la orwer asal tu hanya guna kereta untuk pergi masjid je. Dorang dah belasah cukup-cukup pun. 

Kereta ni owner asal cikgu. Kekadang kita nak beli kereta ni nak tahu kereta ni dijaga macam mana, kita berpandukan owner sebelumnya. Selalu dorang akan cakap orang sebelumnya tu kerja baik-baik, orang pencen ke. Nak sedapkan hati korang aje tu. Dorang tak kan bagi tahu owner asal kereta ni kaki drift, kaki botol, penjenayah ke. Sumpah tak laku. 

Camne, korang rasa boleh ke tak ditipu lagi? Hehe setakat ni dulu zumal kongsi. Semoga membantu anda semua. 

Comments

  1. terima kasih berkongsi tips ;-)

    ReplyDelete
  2. tips yang bagus,terima kasih sudi berkongsi =)

    ReplyDelete
  3. tq tuan tips. Baru tau banyak betul yang diorang boleh buat rupanya utk lariskan jualan. semoga ramai yang lebih hati-hati membeli dengan bayaran yang berbaloi

    Jemput singgah baca entri terbaru saya ini

    ReplyDelete
  4. Kalau tuan ada senarai penjual kereta yang jujur pun ok jugak. Lagi senang Pisyek rasa. Hehehe.

    Post terbaru: Jom join Bengkel asas WordPress pada 20 Jan 2018

    ReplyDelete
  5. Tips yang bagus. Tapi betul la kalau kereta tu terlibat gan accident memang owner dia akan jual kereta tu.

    ReplyDelete
  6. Bagus tips ni, dapat elakkan orang dari tertipu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts