ALIEN ITU...


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Alien? Zumal jumpa alien?  Dak la bukan jumpa but I am that alien. Hahaha... 

Sejak akhir-akhir ni zumal suka kata diri zumal ni alien. Sebab apa yang manusia lain makan atau minum Zumal tak boleh nikmatinya. Nanti maka berlakulah pergolakan di dalam perut yang menyebabkan ceri beri terjadi. 

Dari kecik lagi Zumal akan elak dari minum apa saja minuman yang ada susu. Tapi kalau teringin ai bedal juga dan lepas tu menghilang entah ke mana. Kalau tengah kerja dulu zumal akan mc terus. 

Selalu time jamuan mesti ada minuman yang maha sedap yang campur buah dengan susu tu, cocktail kan. Uishh terliur ai. Rasa la sikit ja memang sedap tapi lepas tu ai menikmati azab seksanya. Hehe...

Jom tengok apa geng seangkatan duk perli ai dalam fb bab tu, sampai aty depa kan... 

Untung juga kita ada rakan blogger yang kerja dalam bidang farmasi macam Faiz tu kan. Terima kasih sebab bagi tau yang zumal ni menghadapi lactose intolerance atau alergi susu. Asalkan sedap ja tak boleh. Macam makanan tu seafood tak boleh makan. Dulu masa pak nakan dari Sabah balik mai, kami sefamili dia bawak pi makan-makan kat kola perlih. Arwah tok wan dengan tok memang selalu makan sikit ja. Pak nakan order banyak tu ingat dia anak beranak yang nak makan sangat, rupanya sikit ja makan. Suruh zumal perabih. Memang tak habih situ tapi siap bungkuih bawak balik. Esok pagi zumal demam. Seminggu demam tau. La ni kalau termakan jadi gatai-gatai ja. Duk tanya doktor zumal ada gout ka, dia kata masalah saraf dan alergik tu ja. Tu masa check sebab sakit kaki. Sakit tu boleh dikatakan sakit gila la. Bukan kebaih tapi macam paha dicucuk jarum. 

Kot memang alien agaknya. Maklum la kat planet lain tak dak laut. Kan... 

Comments

  1. rs nyer ramai jg yg mcm ni... tekak nk rs tp bimbang akn muntah o gatal2 berpnjgn

    ReplyDelete
  2. Samal Zul, Etuza tak boleh makan durian dalam pelbagai rasa...kata orang normal lah badan panas makan durian..demam ..tapi orang lain makan tak juga demam memanjang.. Etahlah malu Etuza bila orang makan sedap durian Etuza tengok ja..

    ReplyDelete
  3. ramai ja yang ada masalah laktosa ni =)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, nasib baik setakat ni sy ok lagi. So, belasah je lah dulu hikhik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts