APAKAH SOCIAL MEDIA?


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Zumal pasti kebanyakan kita ada akaun social media, betul kan?  Andai kucing tu ada fikiran macam manusia pun, dia nak buka akaun social media. 

Seperti yang kita tahu antara social media yang famous adalah whatsapp, facebook, instagram, twitter, wechat, youtube, blog dan lain-lain. Aplikasi social media semakin banyak dan Zumal pun tak pasti berapa aplikasi social media yang wujud dalam alam fana ni. 


Tapi anda tahu ke apa social media tu?  
Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran.

Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk berhibur dengan memberi sumbangan dan maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat dan tidak terhad.

Apabila kita melibatkan diri dalam social media ni secara tidak langsung kita mendedahkan maklumat yang kita siarkan, dan ianya kemungkinan dishare, dilike, dikomen atau pun dikecam.

Jadi apabila anda membuka akaun di mana-mana aplikasi social media (media sosial) ini anda seharusnya mengerti bahawa anda tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak yang mengomen, like, kecam dan sebagainya. Lagi satu anda tak seharusnya beranggapan negatif kepada orang lain yang berkongsi di social media misalnya pendapat, gambar dan sebagainya. Biarkan dia kerana dia juga ada hak. Andai yang dikongsikan berunsur negatif atau fitnah itu tertakluk pula pada perundangan. 

Oleh itu tanya pada diri layakkah anda mengguna, berkongsi, mengecam dan sebagainya? Zumal pasti anda boleh berfikir jadi berfikir la secara matang dan bijak. 

Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian. JM baru tahu

    ReplyDelete
  2. sangat setuju..blogger jg harus bijak dan melontarkan apa jg infor dengan berdasarkan kecelikan minda..

    ReplyDelete
  3. Zumal terbaik entri mengingatkan ini..teruskan usaha berblog ya

    ReplyDelete
  4. kita harus bijak mengendalikn soc med bkn soc med kendalikn kita

    ReplyDelete
  5. sosial media ni ada , baik , ada juga yang tak baik , atas pada pengguna untuk menentukan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts