AUTA POPULAR


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu lagi dengan bebelan seterusnya. Zumal membebel sekadar berkongsi agar u all tak senasib dengan zumal. 

Kali ni zumal nak mendedahkan antara auta-auta yang sering menjadi pilihan para pemilik bisnes scammer pulak. 

1. Islamik
Selalu depa memang menyasarkan orang Melayu dan Islam. Yang faham tu faham la. Mereka akan melantik pengerusi syarikatnya orang Islam. Kekadang ada penasihat syariah. Semua adalah wayang ja demi menarik u all sertai syarikat tu. 

2. Pelaburan
Selalu depa akan cerita dekat kita syarikat ni ada pelaburan mega. Selalu pelaburan luar negara la. Sebabnya hampa tak boleh pi. Ada yang cerita ada lombong, ada hotel semua kat luar negara. Kalau nak tau ada negara tu hampa boleh bayar ja, lakonan mantap boleh dijalankan. Tak kisah la nak buat majlis potong riben rasmi aset kat luar ke, semua boleh buat kalau ada duit. Depa memang ada modai sebab tu mula buat benda ni. Lagi satu depa tak takut sebab modai boleh dapat balik sebab orang kita mudah diperdaya. 

3. Pejabat Mewah
Zumal pernah dibawa oleh satu company mlm untuk melawat pejabat depa. Pejabat tu boleh sewa kalau ada duit. Tak payah la buat eksited sangat nak join tengok pejabat mewah tu. Wayang ja. Strategi depa ja tu. Hanya untuk nak hampa yakin. 

4. Kereta Mewah
Selalu kita mudah cair bila tengok orang bawak kereta mewah ni kan. Hampa tunggu dia bawak helikopter je la. Kat luar negara tu orang mlm siap ada heli dan kapal terbang persendirian tau. Tu baru kaya gila. Kereta ni kekadang hasil dari duit lain bahkan ada yang dia ada modai dan guna kereta sebagai pelaris bisnes ja. 

5. Barang ada sijil itu ini
Sebenarnya surat-surat dan sijil semua boleh dipalsukan tau. Lagi satu kalau betul pun, hampa check pasai apa nama kat sijil tak sama dengan nama syarikat. Tu tandanya bukan produk sendiri. Benda boleh buat. Tukar lebel pun boleh. 

6. Anugerah 
Anugerah yang dalam slide show duk tayang kat hampa tu kekadang lakonan semata ja. Wayang tau. 

Yang ni je la zumal kongsikan dulu. Nanti teringat zumal kongsi lagi. Tapi kalau hampa nak join juga bisnes yang bukan scam hampa boleh pi pejabat KPDNKK untuk semak syarikat apa yang sejarah dia elok. Tak ada laporan benda tak elok kira ok la.  Tengok ada pengiktirafan kerajaan, maybe kerajaan pun ada yang melabur dalam syarikat tu. Tu maknanya syarikat tu kukuh la. Semoga dipermudahkan segalanya. 

Comments

  1. terima kasih atas perkongsian, sekadar tambahan boleh search di fb page say no to mlm...page ni memang anti mlm yang menipu.

    ReplyDelete
  2. no 1 tu = penunggang agama... rasa x bersalah langsung...geram sy dibuatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Anies, depa ni kerana duit sanggup buat apa saja

      Delete

Post a Comment

Popular Posts