LEMPENG MUDAH GILA


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Zaman GST ni semua benda kena jimat. Makan pun jimat. 

Bukanlah nak membuka aib sendiri nak tunjuk kata susah. Tapi jangan la susah hati. Sekadar nak kongsi apa menu zumal malam ni. 

Ceritanya begini, tepung gandum berkilo dalam simpanan tapi barang lain tak ada. Sempena layan suasana sejuk gedi zumal teringat nak buat lempeng. Orang Perlis sebut peknga sebab depa kata benda ni bancuh tempek ataih belanga ja dah siap. 

Dulu arwah tok suka makan dan suka buat. Zumal sendiri pernah buat untuk tok makan. Tok makan sekeping ja tak padan dengan bancuhan yang zumal buat. 

Selalu kami guna resepi tepung gandum + kelapa parut + garam + air tapi malam ni ada tepung dengan garam ja. Zumal try je la. Jadi juga rupanya. 

Alhamdulillah rezeki malam ini dan jadi juga satu entri. Padan muka kena game malam ni... 

Comments

  1. haha sedap saya memang suka makan..

    ReplyDelete
  2. LEMPENG MUDH N CPT DI MSK MKN PUN KENYANG N SEDAP

    ReplyDelete
  3. lempeng ni sedap kalau cecah dengan sambal tumis...

    Jemput baca artikel baru saya 9 Tanda Kencing Manis Tidak Terkawal Boleh Mengancam Nyawa

    ReplyDelete
  4. Saya boleh makan yang simple je..

    Tak perlu nak yang rumit..

    Yang penting kenyang

    ReplyDelete
  5. Sedap makan lempeng, lawan dengan kopi atau teh panas :)

    ReplyDelete
  6. X pe makan saje memang simple masak dan sedap.
    Boleh mengunjungi blog saya yang baru tempat makan menarik di melaka

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts