PENDIDIK SEJATI


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Alhamdulillah Cikgu Azizan telah dibebaskan dari pertuduhan yang telah dilemparkan ke atas beliau. 

Zumal ni sejak lahir hidup dengan seorang guru dan dikelilingi oleh ayah saudara dan ibu saudara yang juga guru. Zumal rasa sebak bila dengar kes melibatkan guru terutama kes Cikgu Azizan. 

Arwah tok wan seorang cikgu, sampai ke akhir hidupnya beliau dihormati. Bekas-bekas murid ingat segala tunjuk ajar cikgu mereka. Walaupun mereka ada yang jadi hartawan tetap hormat cikgu bila terserempak. Kenapa dengan orang sekarang dah tak macam tu? 

Tahu tak, awak sendiri sebenarnya tak kenal anak awak berbanding seorang cikgu?  Awak jumpa anak masa malam ja. Time tu depa letih memang tak la buat benda2 jahat. Masa siang di sekolah tu cikgu-cikgu yang jaga. Jadi depa lebih tau. Siang masa sekolah rasanya setan pun baik sikit dari depa. Hmmm. Sorry la kata lagu tu. 

Kita sebagai ibu bapa sepatutnya rapat dengan sekolah. Ambil tahu perkembangan anak macam orang dulu, siap bagi rotan dekat cikgu. 

Jangan la manja sangat dengan anak sampai tak dengar pandangan orang lain. Pi tengok balik cerita Anakku Sazali tu, bukan sekadar cerita, itu la yang berlaku sekarang ni... 

Masa depa masih anak ni la kita kena bimbing dengan baik. Masa masih rebung, nanti dah jadi buluh dah tak boleh lentuq dah. Ingat tu...

Untuk ibu bapa yang tak mau anak ditegur, dimarah boleh bawak balik rumah dan ajaq la depa sendiri. Untuk para guru, andalah pendidik sejati. Teruskan perjuangan anda. Terima kasih cikgu kerana telah menjadikan Zumal manusia.

Comments

Post a Comment

Popular Posts