TERUJI


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Semalam hari Sabtu kenduri di rumah Pak Andak Zumal, jadi dapat la kami sepupu sepapat berkumpul. Ayah, mama dan adik-adik pun turut pulang ke kampung.  Alhamdulillah. 

Hari ini semua telah pulang ke rumah masing-masing yang kebanyakan di ibu negara dan ada yang ke selatan dan pantai timur. Tak lupa juga nak ucap selamat pengantin baru buat sepupu Zumal, Nor Diyana dan pasangannya.





Setiap sesuatu yang ditakdirkan pasti ada hikmahnya. Kalau tak ada kenduri kendara semalam bukan senang nak jumpa semua. 

Selain tu dapat dengar khabar dari mereka tentang saudara lain yang tak dapat hadir. Semalam juga dapat bertemu kembali dengan insan yang dah macam ayah angkat Zumal, pak mat. Dulu masa ada tok wan, memang kerap berkunjung ke rumah pak mat. Lagi pun semasa tok wan kerja, Zumal ditumpangkan di rumah pak mat. Sebab tu la kami macam keluarga. Syukur dapat jumpa semula. 

Hari ni famili balik ke Klang, singgah di rumah Pak Long di Jitra. Zumal pun ikut juga ke Jitra. Dah lama tak jumpa Pak Long. Pak Long pun tak berapa kuat nak drive sendiri jadi kita yang kuat ni kenalah menyambung silaturahim tu. Alhamdulillah. 

Rabu lepas Zumal ke Bagan Serai, Perak jumpa keluarga adik tok Zumal. Dah lama tak jumpa depa. Lagi pun anak kepada adik tok Zumal ni kenduri kahwin sama tarikh dengan sepupu jadi kenalah pergi sana awal kerana Sabtu dah tak dapat pergi. Kalau tak balik Perlis rasanya silaturahim tu makin jauh. 

Tapi yang tak best bila sampai rumah dari Jitra tadi, pintu bilik terkunci dari dalam. Nak dijadikan ceritanya, toilet pun dalam bilik tu. Kunci pun tak ada. Berkumat kamit mulut memaki dalam dalam hati. Terpaksa la bekerja keras sikit. Tak pa la, ada la kerja sikit kan. 

Esok nak urus laman belakang rumah pula. Notis pembersihan dah sampai. Tempoh 7 hari je. Emmm... 

Comments

Post a Comment

Popular Posts