ABANG NAK PESAN


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Selamat berhujung minggu semua. Entri ni tidak ada kena-mengena dengan lagu duet Datuk Alif Syukri dan Nur Sajat tu yer.

Ok mai la abang / pak cik / tokwan  hampa nak pesan (melampau panggil Zumal tokwan) , pertama berfikir sebelum bertindak. Hmmm ramai antara kita buat keputusan sebab terpengaruh macam abang hampa ni jugak. Kekadang kita mudah makan pujuk rayu, makan nasi tu tak pa dik. Fikir dulu sebelum buat sesuatu, misalnya nak buat loan semata-mata untuk sebuah bisnes jualan langsung yang baru awak tahu. Fikir dik, kena fikir bab negatif sama sebab ia untuk masa depan kita. Tak jadi, hutang menanti...

Keduanya, berkawan. Tapi fokus abang awak bab cintan cintun k. Tak salah berkawan. Tapi ada kawan makan kawan juga walaupun nasi tetap dia makan. Hmm jangan duk percaya sangat bab janji sehidup semati selagi dia tak berani mengikat hubungan secara sah. Abang hampa suggest bercinta lepas kahwin la dik ooi. Bila dah janji bukan-bukan, macam-macam jenis yang bukan-bukan boleh berlaku. Skip la tajuk ni sebab ceq bujang tua...

Seterusnya kerja, kerja kalau dah ada dan sesuai dengan u all teruskan la. Zaman akan datang lebih mencabar dan makin dahsyat cabarannya tau. Ini orang ajak kau bisnes kau berenti kerja. Uishhh bagi kat abang pun tak pa. Bisnes tu buat la part time k. 

Bagi yang belum sambung study hampa kaji dulu setiap course yang nak ambik tu. Kaji la pasaran kerja dia masa hampa graduate nanti. Course banyak pilihan macam makanan gak. Ada yang sedap tapi bawak penyakit. Awak la pikir la nanti. Ada yang janji keluar confirm dapat kerja. Sekarang janji pun boleh tinggal janji tau. Lagi tu zaman dulu ada course ni kalau keluar memang dapat kerja, akan datang dah tak macam tu dan ada pusat pengajian tu akan ditutup dan dicantum dengan cawangan lain sebab profession tu dah banyak lambakan.

Ok la bagi yang belum SPM tu, abang hampa nak pesan setinggi mana hampa dapat sambung study pun, result SPM tu tetap akan menjadi perhatian penting depa masa nak minta kerja. Jadi yang belum SPM tu buat sehabis baik k.

Bagi yang nak ada baby atau yang dah dapat baby tu, hampa jangan duk suka sangat bagi depa jadi chubby ka gebu ka naa. Kucing tak pa dik. Manusia ni bila meningkat dewasa kalau tak boleh ubah keadaan tu jadi malapetaka tau. Ni cerita dalam family dedulu ada la. Syok sangat duk tengok budak-budak tembam bagai. Ish ish.

Ooo bab kenderaan, kalau hampa ada kenderaan yang lama dan tak ada masalah elok tak payah trade in lebih baik beli sebiji lagi. Sebab, harga trade in sangat rendah walaupun depa kata tinggi. Depa tarik kat lain nanti. Macam-macam kos ada. Lebih baik jual kat mudah.my tu. Lagi satu kalau terjadi masalah untuk kekal membayar ansuran atau gagal membayar kita hilang kereta tu. Kalau jual yang lama dah tak ada kereta jadinya.

Lagi satu bab refinance harta benda termasuk rumah dan kereta. Boleh tu boleh tapi just beringat jer. Jangan la boros nanti berputih mata.

Ok la nanti Zumal update semula kalau masih ada nafas. Depa kata orang yang nak mati ja pesan banyak-banyak. Itu pun hanya Allah yang tahu. Semoga bermanfaat buat semua. Wassalam...

Comments

  1. Terima kasih zumal saling ingat memngingati.yang tak lalui tak kan tahu..semua yg zumal cakap tu betul.semoga dijauhi dari perkara2 yang tidak baik

    ReplyDelete
  2. setuju sangat, akan dijadikan ingatan selalu, hehe..

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat-sangat! Adik-adik yang belum hadapi exam SPM tu. Buat betul-betul SPM tu sebab SPM itulah sebenarnya penentu kita akan kemana-mana. Nak kerja pun orang akan tengok dari sini

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas pesanan..lama x jln2 kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,JM singgah.Terima kasih juga JM sudi membaca...

      Delete
  5. terima kasih atas peringatan =)

    ReplyDelete
  6. Setuju.. Moga menjadi peringatan kita bersama.. nasib baik bukan 'abang nak tegur'.. hehehe.. lea follow sini.. tak follow lagi rupanya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah abang tu tegur,abang ni pesan. Hahahaha...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts