BELUM TERJEBAK

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Hujung minggu pertama di tahun 2018. Alhamdulillah boleh berehat kan... 

Hari ni sesaja nak kongsi, hampa nak tau sejak masuk tahun 2018 ni zumal belum tertengok atau tersangkut pada mana-mana drama sebab sejak 1 Januari 2018 zumal belum tengok tv. Awat? Macam tak percaya ja? 

Rumah zumal sejak 2015 memang tak wujud tv sejak tv zumal rosak pada 2015 lalu. Sunyi woo. Dulu ada arwah tok teman bual, sekarang kalau tulis blog, zumal on facebook. Stalk semua friend yang up status. Status sapa lintas kat timeline semua kena like. Hahahahahahahaha. 

Tahun lepas ada juga layan movie kat youtube, tahun ni jimat data sikit untuk job-job online je. 

Alhamdulillah hujung tahun lepas tu ada bayaran review yang dapat. Tahun ni belum terima apa-apa tawaran kecuali panggilan temuduga pada 11 Januari nanti. 

Apa pun selamat berehat semua. Hari ni tunggu abah angkat mai rumah. Kami nak pangkas pokok mempelam belakang rumah... 

Comments

Post a Comment

Popular Posts