BERKAKI AYAM


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Tengok orang share pasai kaki ayam mesti Zumal teringat arwah tok. Arwah tok suka sangat kaki ayam ni.

Dulu masa tahun 2015, Zumal ni sakit kaki sehingga tak boleh jalan. Kawan-kawan syorkan makan sup kaki ayam. Setahu Zumal sup kaki ayam ni baik untuk sakit lutut. Orang kata, orang tua lutut tu dah rapuh. 

Tapi sejak mula membeli kaki ayam, bukan sekadar sup je Zumal buat. Antara resepi yang sedap menggunakan kaki ayam sebagai bahan utamanya ialah tom yam, masak kicap dan goreng pun sedap. 

Kalau kita goreng kaki ayam, ia akan meletup-letup macam air kena minyak panas. Hati-hati la kalau nak goreng yer.

Kaki ayam ni tulang je, jadi kalau nak buat sup kena rebus kaki ayam ni lama sikit yer. Nanti lekang isi dengan tulang tu baru best nak makan.

Lagi satu, masa Zumal amal makan kaki ayam tu, berat pun naik jadi kalau anda nak tambah berat badan sesuai makan sup kaki ayam. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua...

Comments

  1. betul ke kalau rajin makan kaki ayam kaki kita bertambah kuat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut pengalaman Zumal betul la tapi effectnya berat pun naik

      Delete
  2. saya cuma nampak sup kaki ayam je hahaha

    ReplyDelete
  3. Oo..gud info! Thanks ya ada khasiat juga kaki ayam ni rupanya

    ReplyDelete
  4. kalau mcm tu..Zumal nak kurus kan? kena kurangkan mkn sup kaki ayam eh heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni Zumal belum makan. Eh tahun lepas pun dah tak masak sup ni...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts