BILA DIA MEMASAK


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti kepada yang bercuti. Jangan jeles sebab Zumal hari-hari cuti k.

Jangan anggap orang laki bujang ni hanya suka jadi 'kacang hantu' , kacang kuda, kacang cap tangan, suka lepak shopping mall, suka lepak kedai mamak, suka merempit dan drift kat highway jer tau.

Sebenarnya ada laki bujang yang suka masuk dapur, suka masak, suka kemas rumah k. Iaitu Zumal salah sorangnya. Hahahaha cukup-cukup la gelak tu, nanti hilang ayu awak. Boleh gitu.

Sejak dua menjak ni bumi Perlis kembali disirami hujan pada setiap petang kekadang full day hujan. Bila dah hujan ni perut pun bernyanyi lagu ala canggung wei. Mohon diisi. 

Dengan stok cucur udang adabi yang masih ada kat dapur, bermulalah Zumal berperang kat dapur.

Resepi yang mudah. Cucur adabi hanya perlu campur air, bancuh dan goreng. Hampa tau ceq goreng macam mana? Tengok ni...




Tengok tu ceq goreng dalam rice cooker ja tau. Rice cooker tu pun sebaya dengan ceq. Ok selamat mencuba...

Comments

  1. Saya juga suka memasak.

    Sebab dengan memasak kita boleh makan makanan yang sedap sedap masakan sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro. Kita boleh makan ikut citarasa kita

      Delete
  2. bagusnya suka masak..untung future wife nanti...btw, husband sy suka masak gak...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. Jarang dah mkn cucur adabi. Selalu mkn cekodok je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal makan simple2 he kekadang tepung gandum + gula + air jadi cucur gak.

      Delete
  4. kipidap ZUMAL, masak ni mudah je sebenarnya, antara nak dengan tak nak je kan, tapi sungguh musim hujan ni lapar saja kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak AJ,masak ni mudah je, selalu buat confirm makin sedap masakan kita. Sebelum ada blog Zumal berniaga char kuey teow tapi bila lama tinggal tak ingat dah resepi...

      Delete
  5. hujan macam ni memang rasa lapar =)

    ReplyDelete
  6. Ooo masak dalam rice cooker ke? Kita tak pernah lagi guna rice cooker untuk goreng cucur ni. Setakat masak nasi goreng mihun goreng pernah la. Itupun kebetulan gas habis heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, Zumal tak ada dapur gas. Hari tu masa nak pindah jual semua barang macam tak nak balik. Bulan depan nak beli baru la...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts