CARA BAIKI POWER WINDOW WIRA


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dua tiga hari ni Zumal duk update pasal power window kereta Zumal tak berfungsi. Sampai Zumal tak lena tidur sebab kawasan perumahan Zumal kira panas juga. Kes macam2, besi buruk pun depa hangkut tau.

Terima kasih juga kepada rakan FB Zumal iaitu Nur Shafiqah yang berkongsi tips dari siakap keli tu. Boleh tengok video cara baiki power window kat sini .

Alhamdulillah walaupun Zumal tak berjaya buat macam brother kita tunjuk dalam video tu dari video tu menjelma ilham lain.


Tak perlu nak buka cover pintu macam Zumal buat tu. Zumal sekadar nak periksa motornya. Kalau hampa buka satgi tak boleh pasang baru tahu. Zumal pernah buat kerja ni kat kedai used car dulu. Alhamdulillah pengalaman berguna seorang kerani buat kerja lagu tu.


Berdasarkan kereta jenis wira se Zumal, pintu ada 4. Pintu pemandu suiz utama untuk semua window. Jadi 3 pintu lagi suiznya sama.

Mula sekali hampa korek suiz tu, dah buka klip putih macam dalam gambar. Hati-hati nanti patah kaki suiz tu yer. Lepas hampa keluarkan yang rosak, anda cari power window lain yang berfungsi, buka suiznya dan tukar ke tempat yang rosak tu. Insha Allah berjaya tapi kalau tak berjaya tu bermakna bukan suiz rosak tapi motor power window yang rosak.

Bila boleh buat sendiri maka jimat la duit poket and la dari terbang melayang. Selamat mencuba...

Comments

  1. BOLEHLAH CUBA BAIKI IKUT CARA ZUMAL NI

    ReplyDelete
  2. Boleh jimat kalau pandai buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu WP,sekarang barang mahal yang mana dapat jimat kita jimat.

      Delete
  3. Boleh jimat sikit kos kalau tahu nak buat kan. Hmmm tapi kalau ciktie memang zero la bab kereta ni. Belajar pun tak masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la Cik Tie, Zumal pun try and error gak... Tak pandai pun...

      Delete
  4. Dah ada pengalaman patutla tahu cara nya..kalau sis JM anto kedai jek 😬

    ReplyDelete
  5. terkenang kta wira aida dulu.
    hmmmm memang ada problem window nyer.
    2-3 kali repair tau DZ.
    now, viva pun 2x5. tak kuasa dah mr.asben aida nak repair.
    hadap jer la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kereta Malaysia sistem sama,boleh cuba macam Zumal buat...

      Delete
  6. Tips berguna. Banyak bole jimat duit ni. Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts