KERETA TERBANG DAH HAMPIR 20 TAHUN DIPERKENALKAN

KERETA TERBANG 

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak hampir sampai ke tahun 2020, ramai pula yang viralkan mengenai tak ada kereta terbang. Setahu zumal yang suatu masa dulu pameran kereta terbang pernah diadakan di perkarangan Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya. Masa tu Zumal masih bersekolah, kereta tersebut adalah buatan Amerika Syarikat. Seingat Zumal harganya dalam lingkungan RM 2 juta sahaja. Kemungkinan masih tak ada di ruangan udara disebabkan perundangan dan harganya itu. 

Lebih menguatkan teori Zumal ini ada laporan akhbar pada 2001 berikut DI SINI. Mengikut laporan tersebut jenama kereta terbang itu adalah Skycar M200m.

Pada Mac 2017, pihak Airbus turut memperkenalkan kereta terbang prototaip mereka iaitu Popup Car di Pameran Motor Antarabangsa Geneva.
Prototaip Kereta Terbang Airbus

Pada bulan April 2017 pula syarikat AeroMobil turut memperkenalkan AeroMobil Flying Car yang telah dibuka untuk tempahan. Harga pasaran yang dijangkakan untuk kereta terbang tersebut adalah RM5.6 juta seunit. Boleh rujuk DI SINI.

Selain itu Proton juga telah membuat kenyataan untuk memperkenalkan kereta terbang keluaran mereka pada tahun 2019, Zumal yakin anda yang ada duit dan nak beli kereta terbang ini kena ambil lesen baru dan mungkin kena ikuti kelas penerbangan. Disebabkan plaza tol tak mampu diterapungkan sudah pasti cukai untuk kereta terbang lebih mahal dari kenderaan di darat.

Tapi kereta yang anda gunakan sekarang juga boleh terbang jika anda memandu sehingga habis meter kmj anda. Gurau je yer...




Comments

  1. Kereta terbang ..tak mustahil..ramai blogger memperkatakan hal ni..

    ReplyDelete
  2. Kalau ada lepas ini bertambah sesat la laluan udara. Sekarang pun flight dah banyak delay

    ReplyDelete
  3. mahal!
    tak mampu kalau ada.
    pasrah ler aida dgn kereta tak terbang ajer hi hi hi hi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts