LAUT
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Apakah yang anda dapat perihalkan tentang laut?
Laut. Ia luas bagaikan tidak bertepi. Gelombang yang bergulung bagaikan membawa bersama malaikat maut untuk menarik nyawa. Arus yang deras bagai tak mahu membawa pulang ke daratan.
Laut. Kekadang ia juga ada ketikanya tenang. Setenang secawan kopi di atas meja.
Laut. Ia juga menghubung antara benua dan pulau-pulau. Selain udara, melalui laut kita dapat bertemu insan-insan di seberang sana.
Laut. Terlalu banyak rahsia yang belum tersingkap. Laut dalamnya tak terduga. Menjadi kediaman haiwan akuatik yang pelbagai.
Laut. Ia jua medan memberi rezeki buat nelayan dan para penambang. Laut membawa kepada kita makanan yang lazat.
Laut. Walaupun kau menakutkan, namun kau tetap indah di pandangan...
Suka tengok pemandangan laut, sebab ianya mendamaikan minda
ReplyDeleteBetul tu MV
DeleteLaut tak pernah tidur
ReplyDeleteBetul tu WP,hanya kita 'tidur' dibadai gelombang nya
Deletelaut yg tenang jgn di sangka ada buaya hahahahaha (peribahasa entah apa2)
ReplyDeleteHaha,ada ikan gelama,ikan cencaru,ikan pari kan
DeleteLaut! Disebalik ketenangannya itu tersimpan pelbagai cerita. Ada suka ada duka. Ada keluh dan ada resah. Camne pun kita teringin nak berada ditengah-tengahnya tu
ReplyDelete