NAK JADI CIKGU PDK


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Semalam Zumal telah terpilih untuk sesi Penaksiran Psikologi dan Ujian Penilaian Untuk Jawatan Petugas PDK Negeri Perlis. Kalau dikalangan pelatih OKU mereka menggelar petugas ni sebagai Cikgu kerana tugas seorang petugas mirip tugasan seorang guru.

Adakah korang tahu apakah yang dimaksudkan dengan PDK? Jom baca sedikit maklumat berkaitan, yang Zumal juga sedang buat ulangkaji kalau dapat panggilan ke sesi kedua.

Pengenalan
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU).

Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

Objektif
Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.

Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.

Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.

Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU


Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model
Home Based.
Centre Based.
Centre-Home Based.

Aktiviti PDK
Kemahiran motor kasar.
Kemahiran motor halus.
Perkembangan sosial.
Perkembangan bahasa.
Pengurusan diri sendiri.
Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis.
Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain.
Latihan Vokasional.
Terapi muzik.
Sukan dan rekreasi.

Konsep PDK 'One Stop Centre'
PDK "One Stop Centre'' sebagai "Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.
Melalui PDK "One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.

Peranan PDK "One Stop Centre":
Pusat Intervensi Awal OKU.
Pusat Sumber maklumat OKU.
Pusat Rujukan OKU.
Pusat Pendaftaran OKU.
Pusat Advokasi.

PDKNet
PDKNet merupakan pelaksanaan program IT dan Multimedia bagi membantu golongan kurang upaya seperti kanak-kanak Sindrom Down dan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.

Secara umumnya program ini berfungsi sebagai landasan untuk memperkembangkan dan membantu dalam pemulihan golongan kurang upaya. Selain daripada itu, program PDKnet ini juga diharap dapat menambah pengetahuan dan kemahiran orang kurang upaya untuk mengendalikan program perisian komputer.

Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada keluarga dan masyarakat mengambil bahagian untuk berkomunikasi dan seterusnya membantu dalam proses pemulihan golongan ini.

Semoga apa yang Zumal kongsikan ini dapat mendedahkan kepada anda tentang PDK. Jadi jika anda ada anak OKU boleh la menghantar mereka ke PDK berhampiran. Doakan juga untuk Zumal dapat jawatan petugas tu yer.

Comments

  1. terima kasih berkongsi. mudah2an ada rezeki zumal kat sini... aminnn

    ReplyDelete
  2. Semoga ada rezeki Zumal untuk mendapat tawaran jawatan ini :)

    ReplyDelete
  3. Gud info. Kita tak pernah tahu pun pasal benda ni sebelum ini. Gud luck juga ya.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Hahaha macam nak delete lak entri ni. Kerja lain pun dah ada...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts