NASI GANJA REPOH


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu lagi kita dalam sedikit catatan harian Zumal. Rasanya lunch nanti nak makan apa tu?

Kalau hampa kat Perlis, Zumal nak syorkan hampa try nasi ganja Repoh ni. Nasi kuning tu didatangkan dengan pilihan lauk ayam goreng berempah atau pun daging masak hitam.

Pasai apa nama ganja? Zumal tak dapat jawab. Kena pi tanya depa yang berniaga tu. Tapi ganja ni dikaitkan dengan ketagihan, maknanya sekali makan mesti nak lagi. Secara tak langsung hampa jadi customer tetap macam Zumal. 



Kedai nasi ganja untuk bungkuih ja tak disediakan tempat makan kat situ. Depa berniaga hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 11.00 pagi hingga habis. Selalu pukul 3.00 petang dah habits kekadang awai lagi. Kalau pi pukul 1.00 tu time puncak, kena beratuq juga sat. Harga nasi kuning + ayam berempah / daging adalah RM4.00 saja. Kalau nak nak beli ayam atau daging tu saja RM2.50. Kira murah la di zaman ni.

Kat situ juga ada dijual bihun goreng, mee goreng, murtabak dan minuman. Harga semuanya murah. Rasanya pun sedaaaap sebab tu la sentiasa ramai orang dan ada repeat sale dari customers. 

Lokasi kedai nasi ganja ni adalah disebelah Stesen Minyak Petron Repoh atau pun depan jalan masuk ke Taman Repoh Dagang. Ok la, selamat menikmati nasi ganja yer...

Comments

  1. tulah...selalu terfikir kenapa dipanggil nasi ganja.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe sebab faktor sekali cuba nanti confirm Beli lagi...

      Delete
  2. Kat Perlis jugak la sy first time makan pulut ayam :D Sedappp!
    Tak pernah try lagi nasi ganja hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. insya allah nnt sy dtg perlis sy sggh ;-)

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi sampai Perlis! Nanti bila dah sampai sana sy cuba cari ya. Teringin juga nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai Perlis beritahu la.nanti Zumal belanja. Hehe...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts