POSISI DUDUK YANG BETUL
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sering sakit belakang, lenguh dan badan rasa tak selesa? Hurmm Zumal pun macam tu tau.
Sebenarnya gejala demikian berlaku kerana kita sering mengabaikan cara yang betul untuk berjalan, berlari, mengangkat barang, tidur dan duduk.
Apabila kita mengabaikan cara duduk yang betul misalnya, ia akan memudaratkan kesihatan kita terutama kesihatan tulang belakang kita. Sememangnya kita tak rasa seronok pun duduk secara membongkok tu tapi bila kita dah terbiasa jadi sukar untuk diubah. Cara dan posisi duduk yang betul bolehlah anda rujuk pada gambar di atas.
Oleh yang demikian kita kenalah juga membiasakan perkara yang baik iaitu mengamalkan cara duduk yang betul. Ini dapat menjaga tulang belakang dan mengelakkan kita berasa sakit-sakit bila dah berumur.
Kalau kita ada anak, seeloknya kita didik mereka untuk menjalani cara hidup yang baik sebegini agar mereka terbiasa dan tidak kekok pada masa akan datang.
#p/s Zumal sendiri sukar nak ubah posisi duduk yang betul ni kerana tak biasa dari kecil tapi dalam proses untuk membiasakan diri. Semoga perkongsian yang baik ini dapat dimanfaatkan bersama.
salah juga posisi duduk saya sebelum nih
ReplyDeletekalau buat posisi yg betul rasa macam lenguh pula
hahaha
Lenguh tu lenguh juga tapi terpaksa biasakan
Deletetanpa sedar kita selalu buat yg pic tgh tu...
ReplyDeleteItu la tanpa sedar kita undang bahaya kan
Deletebetul tu, kena duduk ngan ergonomik...kalo tak merana di kemudian hari
ReplyDeleteBetul tu Miyoko
DeleteGV pun kena betulkan posisi duduk GV . Huhu. Terbaik info Mr Zumal. :D
ReplyDeleteTerima kasih GV
Deletebetul..terutama yang kerja kat opis tu..menghadap komputer je..duduk seharian mmg kena dulu posisi yg betul
ReplyDeleteAah betul tu JM duk di ofis guna masa sangat lama
Deletenak betulkan posisi duduk saya besa pakai korset. bagusnya korset ini ia membantu betulkan tulang kita, jadi lepas pakai rasa lega sangat. cuma tu le korset ini org pompuan je la pakai setakat ni.hihi...
ReplyDeleteHmmm untuk lelaki tak de yer
Deletehuu~ selalu salah duduk.. posture tak betul tu yang sakit2 badan agaknye kan..
ReplyDeleteItulah kita duduk ikut sedap aje...
DeleteOo.. memang selalu duduk cara salah camni. Memang kena ubah ni
ReplyDeleteCepat ubah. Nanti sakit belakang...
Delete