SUKA BERJUBAH


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak tahun 2015 Zumal mula minat pakai jubah. Mulanya kerana ada satu majlis bertema Arab dan Zumal pula antara salah sorang urusetia untuk majlis tu. Selain tu cover untuk jurugambar majlis. (Time gambar sendiri jadi buruk)

Majlis tu malam, buat dekat hotel depan rumah Zumal je. Banyak juga modal nak bersiap bagi jadi macam Arab tu. Ada nampak rupa Arab dak? Sejak tahun 2015 tu, Zumal mula membeli jubah. Pakai pi masjid dan majlis yang berkaitan keagamaan je. Zumal pakai jubah je, takde la sampai pakai serban macam kat atas tu.



Dalam mengumpul jubah ni, rupanya Zumal ada kehilangan satu, tak tahu letak mana. Sayang sangat sebab kainnya lembut dan tak perlu iron teruk-teruk. Gambar jubah tu pun tak ada dalam simpanan.

Dulu jubah-jubah Zumal ni tak rasa labuh sangat tapi sekarang rasa macam labuh. Terfikir tak kan la Zumal makin pendek? Sangat tak logik. Depa kata sebab perut yang kedepan tu dah kurang jadi jubah tu straight ja ke bawah tak sangkut perut macam dulu.

Kalau di Perlis ada satu je kedai yang jual jubah termurah tau. Zumal selalu beli dalam RM 60-RM70 je sepasang. Tapi jangan beli bukan puasa dekat-dekat raya, depa pun main harga. Kedai yang Zumal maksudkan tu namanya Kedai Haji Syukri bersebelahan Avon Kangar. Banyak juga pilihan kat situ. Alhamdulillah Datuk Haji Syukri ni peramah dan pemurah. Boleh la try minta kurang harga. Jangan marah yer Datuk.

Hmmm, tahun ni nak try pakai jubah warna yang garang-garang pula atau pun design macam artis nasyid pakai tu. Harap Datuk payung la sepasang dua. Ok la, bertemu lagi di lain episod. Wasaalam...

Comments

  1. al padang pasir kur... :)
    hi hi hi... asben aida da amalkan pakai jubah time solat.
    sejak balik umrah few years back.
    dedolu dia pakai aje baju dia nak. kain pelikat ke, seluar track ke.
    now. mesti berkain pelikat dlm and berjubah. normall putih la...

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi pakai jubah..rasa nak cuba jugalah nanti..

    ReplyDelete
  3. INSYAA ALLAH DATUK PAYUNG ZUMAL JUBAH 2 PASANG RAYA TAHUN NI

    ReplyDelete
  4. Smart pakai jubah..mama suka tgk

    ReplyDelete
  5. wah pak arab mana nii

    ReplyDelete
  6. jarang la lelaki nak pakai jubah ni tauu
    skg da byk da jubah untuk lelaki

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts