UKURAN BAHAGIA


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Jumpa lagi kita di dalam kalam kaki berleter ini. Sejak akhir-akhir ni selalu kita lihat laman popular sering utarakan tentang pandangan orang tentang pekerjaan, kenderaan dan kehidupan yang dianggap tak setara dengan taraf pendidikan dia.

Zumal ada la sorang kawan yang kerja besar, gaji besar, kereta besar dan rumah pun besar. Kawan Zumal suka la pandang rendah pada orang termasuk la Zumal sendiri. Ayat dia kekadang buat kita geram, ' hang kerja ni ja?' Lepas tu kalau pergi memana dengan dia, mesti suka mengarah kita ni buat itu ini. Cara cakap dah tak serupa kawan tapi macam bos dengan kuli.

Kalau pi makan, cara dia bercakap dengan pelayan kedai pun macam angkuh ja. Bulan kedai makan ja, tempat lain pun sama la. Dia ni kalau mai rumah kita bukannya nak turun kereta bagi salam tapi sampai depan pagar hon sampai kita keluar jemput, buka pagar. Adoi...

Pernah juga dia termalu dengan keangkuhan tu. Suatu tahun tu anak dia tak sihat, habis duit untuk rawatan, sampai satu masa roadtax mati, tak dapat renew sebab bajet lari. Masa tu dia nak pergi kerja tak berani drive sebab risau kena saman. Akhirnya dia minta kita ni juga tolong hantar dia. Jangan berlagak sangat kawan oooi.

Ada lagi kisah seorang kawan lain pula, dia ni hanya anggap bisnes dia ja yang boleh berjaya. Ayat dia, sampai bila nak macam ni, macam tu? Adoi. Awak ooi, orang lain dah selesa pun dengan cara dia, kerja dia sendiri tu yang awak nak bandingkan dengan orang lain tu pasal apa? Kalau Zumal nak jadi peniaga goreng pisang pun pasal apa tak boleh ke? Kerja halal juga. Ni suka sangat pandang rendah. Sampai bila nak kerja itu ini, kena bangun pagi pergi pasar, malam tak tidur siapkan barang nak berniaga esok. Awak, orang tu dah bahagia dengan cara dia. Dia dapat duit belanja anak bini, cukup makan pakai. Tak kan semua nak kena jadi macam awak???

Pada pandangan Zumal tentang awak tu, keluar malam bermeeting sana-sini. Pergi jauh tinggal famili, makan minum tak menentu. Nak Zumal ikut awak tapi duit Zumal pun nak kena keluar! Hmmm sorry la beb, baik Zumal simpan duit untuk belanja harian dari nak ikut jalan awak yang awak cakap bagus sangat tu.

Awak, Zumal tak nampak pun bahagia tu dalam kisah awak. Silap dulu Zumal pernah terpedaya, tinggal arwah tok sorang-sorang setiap malam tapi sengsara yang Zumal dapat. Adakah sengsara orang lain itu bahagia buat awak???

Comments

  1. Harapnya kita sentiasa beringatlah...masa senang tak perlu lah bersikap sombong..

    ReplyDelete
  2. nasib baik laa kwn tu bkn perdana menteri kalau tak hancur malaysia ni dgn perangai dia tu

    ReplyDelete
  3. Semoga kita sentiasa beringat! Tak selalu kita senang dan tak selalu kita susah.

    ReplyDelete
  4. Setuju Mr Zumal. Kita pentingkan kebahagiaan diri dan keluarga kita dulu. Orang yang angkuh dan suka cakap besar tu mmg endingnya pasti menyedihkan.

    ReplyDelete
  5. x suka la ada kawan mcm tu...time dia senang boleh la nak sombong mcm tu..buat nya Allah tarik balik nimat tu baru tahu..adehlaaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts