6 Cara Untuk Jadikan Rumah Anda Lebih Segar Dengan Pokok Hiasan

6 Cara Untuk Jadikan Rumah Anda Lebih Segar Dengan Pokok Hiasan


Untuk mempunyai suasana rumah yang nyaman semestinya menjadi impian semua pemilik rumah. 

Namun, tidak semua pemilik rumah berani atau tahu cara-cara untuk meletakkan pokok sebagai perhiasan di rumah mereka. Ada yang tidak pasti jenis pokok yang sesuai untuk ruang indoor, ada yang risau jika pokok itu beracun atau bergetah, dan pelbagai lagi persoalan lain.

Jadi, untuk membantu anda menjadikan hiasan dalaman rumah anda lebih bersifat back-to-nature, dalam artikel ini saya akan kongsikan beberapa langkah mudah untuk menjadikan pokok sebagai salah satu perhiasan yang menyegarkan rumah anda.

1. Ketahui kelebihan pokok hiasan


Ramai yang menganggap tujuan utama tumbuhan hijau diletakkan di dalam rumah adalah sebagai sebahagian daripada perhiasan semata-mata. Disebabkan itu, ada pemilik rumah yang membuat keputusan untuk menggunakan pokok tiruan sahaja di rumah mereka. 

Namun, tahukah anda yang sebenarnya terdapat banyak kebaikan apabila anda meletakkan pokok hidup di dalam rumah? Contohnya, pokok English Ivy dipercayai boleh membantutkan pembiakan kulat di dalam rumah. Manakala pokok bunga Lily pula boleh bertindak sebagai penapis udara semula jadi yang boleh membersihkan udara daripada bahan kimia seperti formaldehyde, benzene dan trichloroethylene.


2. Kenal pasti ruang yang hendak dihias


Apabila bercakap tentang meletakkan pokok di rumah, ramai yang beranggapan ruang balkoni atau tepi tingkap dapur adalah ruang yang paling sesuai untuk tujuan ini. Sebenarnya terdapat banyak lagi ruang di bahagian dalam rumah anda yang sesuai untuk dihias dengan pokok hidup. Antara ruang yang sesuai adalah di bucu dinding, di ruang tamu, di ruang foyer, di atas meja konsol atau meja kopi, di bilik mandi dan di mana sahaja ruang kosong yang tidak menghalang laluan.





3. Pilih jenis pokok yang sesuai


Setelah anda mengenal pasti ruang yang hendak dihias, pilih jenis pokok yang sesuai untuk diletakkan di situ. Pokok hiasan yang berdaun lebar dan tinggi sesuai diletakkan di atas lantai, rapat ke dinding. Pokok kecil daripada keluarga kaktus pula adalah jenis pokok hiasan yang sangat sesuai untuk diletakkan di atas meja dan rak. Selain itu, jika anda mempunyai ruang khas untuk dijadikan taman mini, anda boleh menjadi lebih kreatif dalam memilih kombinasi pokok untuk menghiasi ruang tersebut. 



4. Belajar cara menggubah


Secara asas, pokok hiasan tidak perlu digubah. Anda hanya perlu meletakkannya di dalam pasu yang cantik, dan siap! Walau bagaimanapun, jika anda ingin menggunakan pokok kaktus sebagai hiasan, anda boleh pilih untuk meletakkan setiap pokok kecil itu dalam pasu berasingan atau sekalikan beberapa pokok di dalam balang kaca yang besar yang dikenali sebagai terrarium.



5. Penjagaan pokok hiasan


Semua pokok memerlukan tanah, air dan cahaya matahari untuk hidup. Namun, setiap pokok memerlukan keperluan asas ini dalam jumlah dan kekerapan yang berbeza. Jadi, selain memilih jenis pokok hiasan yang anda suka, lakukan sedikit bacaan tentang cara-cara untuk menjaga pokok yang manjadi pilihan anda. Ada pokok yang perlu disiram seminggu sekali, dan ada juga yang perlu disiram setiap hari. Pastikan pokok yang dipilih itu sesuai dengan rutin harian dan tahap kerajinan anda. 



6. Enjoy hasil kerja anda!

Setelah bertungkus lumus mencurahkan kreativiti dalam menyusun atur pokok hiasan di dalam rumah anda, tiba masanya untuk anda bancuh kopi atau teh kegemaran anda dan nikmati suasana baru rumah anda itu. Saya yakin rumah anda pasti akan terasa lebih tenang, nyaman dan segar dengan kehadiran elemen hijau semula jadi di dalam rumah anda. 

Dapatkan Khidmat Profesional Untuk Hias Rumah Anda


Menambah pokok hiasan adalah salah satu cara yang paling mudah untuk memberikan suasana baru di rumah anda. Jika anda mahukan perubahan yang lebih ketara dan melibatkan ribuan ringgit, pastikan anda membuat perancangan rapi dan menggunakan khidmat pakar untuk melakukan tugas itu.

Layari Recommend.my untuk mendapatkan khidmat daripada pereka hiasan dalaman untuk menjadikan rumah impian anda satu kenyataan. Kongsi maklumat ringkas tentang rumah anda seperti jenis rumah, saiz, lokasi dan tema kegemaran anda melalui online request form. Dalam tempoh beberapa jam, pihak Recommend.my akan menghubungkan anda dengan pereka hiasan dalaman yang dapat memenuhi kriteria anda, dan anda juga akan terima anggaran sebut harga secara percuma. 



Comments

  1. kena panda pilih jenis pokok ridau nyamuk bersarang

    ReplyDelete
  2. Hihi memang mudah semua ni. Tapi kalau kinah, kinah cari yang plastik sebab ada anak kecik. Senang tak payah fikir. Cuci je bila berhabuk hihi

    ReplyDelete
  3. Suka pokok hidup. Tapi asik mati jer hehehee.

    ReplyDelete
  4. sukaaaaaa tengok ja tapi ceq tak
    rajin hahahaha..

    ReplyDelete
  5. saya ada hias pokok hidup di dalam rumah.pokok yang cuma rendam dalam air jea tu..tak perlu tanam dalam tanah.tapi tak tahulah kenapa macam terbantut tumbesaran pokok hidup hiasan saya ni.nak kata kurang sunlight, dah letak di tepi tingkap.huhu

    ReplyDelete
  6. Bole tanam pokok ketum dlm umah

    ReplyDelete
  7. suke tgk rumah yang ade bnyak pokok dan bunga ni
    tapi nak bt kt rumah sndiri takot x terjaga
    bintang lain plk yang mengundang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm betul tu Ayu kalau tanam kena rajin jaga

      Delete
  8. da tnm pokok nnt jgn lupa tkr air jgn jd sarang aedes😊

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts