BOLEH TAK?


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dah lunch ke? Hmm Zumal lunch Nasi Ganja je. Syukur la dapat lepas gian. Hahaha...

Entri ni bukan entri schedule macam setiap pagi tu tapi entri yang secara terus publish jer. Biasa la nak membebel tak boleh simpan nanti basi tajuk bebelan Zumal ni. Kenapa nak membebel???

Sebenarnya Zumal hairan dengan mereka, nak ambil berat atau nak kongkong sebenarnya. Pada Zumal anda seperti mengongkong Zumal jer. Mana tidaknya, zumal beritahu zumal berniaga di pasar pagi (Nat Pokok Getah) entri pagi tadi tu, hampa siap meeting nak menentukan hala tuju hidup Zumal. Kenapa ni??? Salah ke berniaga di nat tu??? 

Boleh tak cuba terima apa yang Zumal usahakan ni? Boleh tak sokong usaha Zumal??? Jangan la kongkong apa yang Zumal nak buat. Zumal buat sesuatu bukannya tak fikir atau tak rancang. Kita ni siap planning segala urusan tau. 

Kenapa Zumal pilih berniaga di nat tu? Memang pada asalnya kawan ajak. Tapi bila orang bagi kepercayaan boleh berniaga terus setiap minggu itu adalah rezeki tau. Zumal nak berniaga di situ sebab itulah antara port paling strategik nak berniaga pagi Ahad di Perlis. Walaupun kat Perlis ada banyak pasar pagi pada hari Ahad, tapi Nat Pokok Getah antara tempat paling ramai orang pergi. Kiranya hang nak juai apa pun boleh mesti ada orang beli.

Boleh tak bagi peluang Zumal nak bina penghidupan sendiri. Janganlah kalut sangat sampai nak atur hidup Zumal sampai nak suruh Zumal kena berniaga di tempat awak rasa ok je. Zumal ni penduduk tempatan di negeri Perlis dan Zumal tahu lifestyle orang Perlis ni. Korang duk jauh janganlah buat macam tahu sangat atau tahu lebih dari Zumal. Cukuplah buat Zumal terjerat itu ini selama ini.

Orang yang betul faham tentang diri ini rasanya ibu saudara tercinta Inshirah Mohd Alim yang tinggal di Kubang Kerian, Kelantan dan Selmiah Hasin di Kangar ni... Mereka je yang paling ambil berat dan support. Please la Zumal dah penat. Zumal bukan buah catur...

Comments

  1. Do what you like to do 😙 all the best zumal

    ReplyDelete
  2. Zumal je yang tau apa yang terbaik untuk zumal. Jika ia baik utk zumal teruskan. Orang lain tak ada hak atas keputusan zumal

    ReplyDelete
  3. semoga maju dalam bidang yang diceburi =)

    ReplyDelete
  4. Hanya Zumal sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk diri dan hidup Zumal

    ReplyDelete
  5. Orang tua tua cakap, dengar suara hati sendiri selepas dengar apa lain orang cakap.

    ReplyDelete
  6. jgn pedulik apa org nak cakap..kalau kita rasa betul..kita proceed..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts