DIA BERBAJU PINK


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Entri ni sengaja Zumal throwback zaman muda-muda dulu. Zaman ni berat pun 90 kg lebih sebab makan lalu. 

Tahun 2009, masa ni Zumal praktikal untuk skim Prosper Siswazah di bawah PUNB. Zumal ditempatkan pratikal di sebuah syarikat pemborong bumiputera aksesori wanita terbesar di Alor Setar. Masa tu Ariani dah popular tapi syarikat ni nama dia Zinni. Tema depa memang pink. 

Zinni ni kiranya macam butik juga la. Ada jual kerongsang, tudung, shawl, baju kurung, kebaya, blouse dan macam-macam aksesori lain. Zumal dan supervisor jer lelaki kat sini. Bos tu suami isteri tapi tak ada sangat di kedainya. Lagi pun depa banyak cawangan kat Alor Setar.

Zumal bangga dengan keluarga owner ni sebab berhijrah dari Kelantan pastu dapat bina empayar perniagaan besar di Kedah. Depa ada juga cawangan kedai emas dekat Alor Setar dan Kelantan.

Syarikat ni juga ada skim franchise. Masa tu la berkembang business depa. Dan masa dengan depa juga Zumal jadi fasih loghat Kelantan. Ye la sampai jadi rapat dengan famili depa pastu pernah juga bermalam di rumah supervisor ni sebab masa tu jaga booth jualan dengan dia. Lagi pun kalau nak berulang dari rumah makan masa 1 jam juga.

Teringat lagi time nak raya la jadi sikit busy kerja dengan depa. Tapi Alhamdulillah bos bagi duit raya. Itu la yang buat lagi berbunga hati nak kerja kan...

Gambar baju pink tu diambil oleh supervisor masa kami buka booth di PWTC sempena Persidangan Agung UMNO tahun 2009. Ok setakat tu dulu Zumal throwback yer.

Comments

  1. Kalau kak ana suka masa busy berniaga. Buat kita lagi semangat dah tambah skill berkomunikasi. Yg best lg lps tu dpt extra pitih. Hehe

    ReplyDelete
  2. kerja macam ni memang penat kan tapi pengalamannya sangat berharga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dengan pengalaman tu boleh lawan tauke... Hehe...

      Delete
  3. ZINNI COLLECTION sy pernah juga kerja part time dengan dioarang suatu ketika dahulu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh camtu ke... Zumal 6 bulan je kat sana...

      Delete
  4. zumah thn 2009 dan 2018 tak ada beza..beza dari egi size jek..muka tetap nampak muda hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm memang tiada beza,cuma berat dan saiz je...

      Delete
  5. pink itu menawan.
    lelebih bila lelaki yg pakai baju kaler pink.
    nampak lembut :) hi hi hi

    ReplyDelete
  6. Kerja camtu memang memenatkan tapi menyeronokkan juga kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ciktie, bila dikenang balik memang rasa seronok

      Delete
  7. zumal..dah tgk gaya baju tu, wane uniform mcm terbalik uniform kolej cikyan dulu...cikyan byk wane pink dr putih..hahahhaha..gegirlss youu !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts