DOBI LAYAN DIRI SATU KEPERLUAN SEMASA


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Entri ni Zumal tulis semasa sedang mendobi di The Laundry Isnin minggu lepas. Oleh kerana kat kedai dobi jadi tajuk yang timbul juga berkaitan dobi.

Kini kedai dobi layan diri tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Di negeri kelahiran Zumal iaitu negeri Perlis sudah banyak kedai dobi layan diri beroperasi 24 jam dibuka. Bagi Zumal inilah satu kemajuan yang tak dapat ditolak. Ianya juga satu cabang bisnes yang menarik untuk diceburi.
Gambar di kedai dobi The Laundry

Zumal mula mendobi di kedai sejak adik angkat nak sambung study dulu. Dia jenis semua nak buat last minutes, zumal bawak la pi kedai dobi 24 jam sebab masa tu dah lewat malam. Sejak tu Zumal pula terjebak.
Salah satu kedai dobi di Perlis K-Park

Zumal walaupun sesak tak ada bajet makan pakai pun, basuh baju tetap menjadi rutin mingguan. Zumal sangat menyangkal andai ada dakwaan mengatakan ramai guna dobi layan diri tanda rakyat di Malaysia telah melepasi tahap kemiskinan dan ramai dah senang. Bagi Zumal dobi layan diri satu keperluan bukan la untuk kita katakan ianya sebagai ukuran kesenangan rakyat. Zumal tahu sebab itu Zumal alami sendiri. Lagi pun Zumal tak ada mesin basuh. Kalau ada pun faktor masa pula. 

Ada dobi 24 jam ni senang sikit, masa rehat kerja pun boleh hantar dobi. Lagi bagus dekat kompleks-kompleks pejabat ada kedai dobi. Idea yang bernas tu. Masa datang kerja bawak baju masuk mesin, nanti lapang mai la ambil pula. Hehehe...

Zumal pun berminat dengan bisnes dobi layan diri. Bila di kaji mahu kos sampai RM150k. Zumal simpan je la cita-cita tu...

Comments

  1. citer xreti guna mesin dobi kat kdai..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je Cik Nor,ada panduan step by step lagi mudah dari tengok mesin kat rumah yang banyak button tu.

      Delete
  2. SA x pernah cuba lagi dobi layan diri sebab kat rumah dh ada mesin basuh..tp SA hantar baju utk dry cleaning dan juga hantar gosok baju kerja..hehehe..SA jenis malas nk gosok baju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo camtu, zumal pergi dobi tu sebab xde mesin tapi kena pergi hari kerja, kalau weekend kena bergilir guna...

      Delete
  3. skrg ni la rutin selagi mesin basuh xde..huhu

    ReplyDelete
  4. kalau kl ni mmg x yah ckp laaa ada je tmn / apartment baru pasti ada dobi

    ReplyDelete
  5. mahal nye model nk buka kedai dobi nii...tapi mmg masyuk kott...kt rumah sis ade 3-4 kedai dobi jugaklaa...tapi tak penah try...

    ReplyDelete
  6. Kalau ada dobi macam ni dari dulu dulu lagi kan bagus. Tak payah mcik dobi sendiri uniform suami yang tebal tebal tu ha ha.

    ReplyDelete
  7. hehehe
    kos nak buka dobi nih memang mahal zumal
    In Sha Allah mana tahu ada rezeki kan

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Zumal rasa mahal sebab kebanyakan sistem macam francais...

      Delete
  9. selalu masa balik kampung saja guna...yela orang ramai kat rumah malas nak berebut...layan diri terus sia....

    satu lagi kena hati-hati sebab banyak berlaku rompakan

    ReplyDelete
  10. dobi ni cr time musim hujan je..
    heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul la tu, time tu kalau jemur susah kering

      Delete
  11. topi yang sama..baju berbeza hihhii

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts