Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hujung minggu yang lalu Zumal telah dapat kunjungan daripada seorang rakan blogger yang pulang bercuti dari KL. Masa kerja di Lembah Klang dulu pun beberapa kali jumpa dia. Kami berdua kenal dari zaman kampus lagi. Zaman tu kami tak jadi blogger lagi. Zumal start berblog tahun 2012, dan Faizul atau nama glamour dia JP baru jadi blogger tahun lepas. Nak berkenalan boleh la singgah di
jelapangpadi.com Panjang pula mukadimah Zumal hari ni yer.
 |
Padang Waremart Padang Besar |
PADANG WAREMART : SYURGA SHOPPING TERKINI DI PERLIS
Faizul ni suka sangat ke Padang Besar, jadi dia rasa teruja bila Zumal ceritakan ada tempat shopping baru di Padang Besar. Zumal sendiri belum pernah lagi ke Padang Waremart sejak balik di Perlis ni. Zumal tahu tempat ni pun sejak ianya tular di dalam group Saya Anak Perlis di facebook.
 |
Zumal dan Faizul |
Padang Waremart ni terletak bersebelahan Kompleks LKIM Padang Besar. Paling senang nak cari, hampa ambil jalan straight ja lepas roundabout Padang Besar. Depan pasar yang jual macam-macam tu juga.
 |
Padang Waremart |
 |
Padang Waremart |
Padang Waremart ni dahulunya gudang je. Sekarang ni dah buka arked niaga yang seakan arked niaga lama Padang Besar tu tapi ianya lebih tersusun dan agak bersih juga. Padang Waremart ni setingkat je. Ada pelbagai barangan di sini, makanan, pakaian, aksesori, permainan dan lain-lain.
 |
Bangku comel pelbagai corak |
 |
Pelbagai makanan |
Harga barangan di Padang Waremart ni tak banyak perbezaan dengan barang di pasar Padang Besar atau pun di arked niaga lama Padang Besar. Zumal tak la check kesemua harga tapi harga tu masih masuk akal lagi.
 |
Parking depan Padang Waremart |
Padang Waremart ni juga ada tempat parking sendiri. Bayaran parking Padang Waremart ni adalah RM2.00 jer.
Banyak juga peniaga dekat Padang Waremart ni. Paling best kita tak la terlanggar bahu orang lain dekat sini kerana pelanggan tak crowded sangat. Kalau bawak budak kecik kiranya tak risau nak lepas dia berjalan sendiri.
 |
Nak beli yang mana yer? |
Zumal rambang mata juga kat sini lagi pula Zumal ni alergik dengan mainan dan barangan outdoor. Banyak pilihan dekat Padang Waremart ni. Berbaloi juga jika hampa suka jadi pengumpul barang camtu.
 |
Untuk pengumpul diecast |
 |
Drone pun murah |
Hah, camne dah terpengaruh dengan Zumal? Apa lagi cuti CNY dah dekat. Dorang pun mesti buka nanti sebab kebanyakan peniaga orang Melayu. Kalau datang dengan ETS atau komuter pun dekat jer. Jom kita shopping puas-puas...
wah..best shopping ni..:)
ReplyDeleteJemput shopping sini Cik Nor
Deleteharga tapi harga tu masih masuk akal lagi? maksudnya lebih mahal atau lebih murah dari arked lama padang besar tu..
ReplyDeleteLebih kurang je harganya,ada yang sama dan ada juga murah sikit
Deletedulu pergi arked niaga lama kat padang besar tu..tak beli sgt sbb tgk harga mcm mencekik..pastu singgah pergi Wang Kelian..borong habis sbb murah dari arked tu..cuma kena bayar dalam Thai bhat la
ReplyDeleteTapi sekarang wang kelian dah xde
Deletedah tutup ke mcm mana? sbb pergi tahun lepas..ada lagik
DeleteOoo camtu yer, ada kembali agaknya
DeleteWang kelian sebelah thai happening tak sangga la ni cuma sebelah mesia ja xda org meniaga dah... kita nak p kena cop paspot
DeleteInsha Allah Wang Kelian Perlis bakal dibuka kembali disebabkan Tuanku Raja Perlis sendiri mohon sedemikian...
DeleteSelalu jejak kaki kar arked niaga padang besar .. padang waremart ni tgok dari jauh ja..xpernah jejak kaki lgi .. next time kalau pergi pdg besar nak kena singgaj tengok jgak barang apa yg ada
ReplyDeleteSelalu jejak kaki kar arked niaga padang besar .. padang waremart ni tgok dari jauh ja..xpernah jejak kaki lgi .. next time kalau pergi pdg besar nak kena singgaj tengok jgak barang apa yg ada
ReplyDeleteHmmm nanti CCL singgah la shopping situ pulak yer
Deletenext week i'allah nak g padang besaq, hehe..
ReplyDeleteSampai sini contact2 la yer
Deleteperlis. pdg besar.
ReplyDeletememang salah satu tempat aida aim nak gi thn ni.
ntah la berjaya ke tak.
sebab anak nak exam. may be towards end of the year kot.
tapi maybe drive lah anak beranak.
asben kata kos naik ets lebih lagi dari drive.
dia sanggup nak drive :) hi hi hi...
Drive sendiri boleh beli macam-macam, ets kalau ramai-ramai jadi tak berbaloi. Semoga dipermudahkan plan nya nanti...
Deleteharitu pergi padang besar, pergi yang arked je..tak tahu pulak ada waremart ni..kalau tahu confirm singgah
ReplyDeleteOwh yeke Radhia
DeleteSaya pernah ke Perlis tp blom nemu t4 shopping nih. Next time mampir gan
ReplyDeleteTempat baru sahaja dibuka. Lokasinya juga mampir t4 lama
Deletetak pernah smpai sne lg.. cleh nak gmbarkan
ReplyDeletemesti dia mcm pengkalan kubor or rantau pnjng kan
Lebih kurang juga la Ayu...
Deletewahhhh org pompuan mesti suka ni ;-)
ReplyDeleteAnies la target utama untuk pergi shopping tu. Hehe...
DeleteNanti kalau sampai Perlis boleh la singgah sini. Mesti seronok kan tengok tempat orang
ReplyDeleteSampai Perlis boleh la contact kite
Delete