PENGALAMAN DI NAT POKOK GETAH


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Pada 11 Februari lalu ada satu pengalaman yang tak dapat Zumal lupa. Kenapa??? Rilek der, teruskan membaca yer

Niat asal Zumal nak ke nat (pasar pagi) pada hari tersebut untuk sekadar jamu mata dan beli pokok bunga bagi merealisasikan impian Zumal nak menghijaukan laman rumah dengan pokok-pokok. Lepas Subuh pagi tu Zumal just tidur balik sebab mengantuk tak dapat tidur nyenyak awalnya tetiba dapat call dari Abg Faizal. Dia call suruh teman berniaga di nat. Tergopoh gapah Zumal bersiap. Nak berniaga kena pergi awal.


Nat Pokok Getah itulah nama glamour pasar pagi yang dijalankan di Pauh, Perlis. Kawasan ni adalah kebun getah dan peniaga akan berniaga di celahan pokok getah tu. Kalau anda datang dan terjumpa pasar kat kebun getah di Perlis jangan anggap pasar bunian yer kerana ianya pasar manusia yang benar-benar wujud.

Nat Pokok Getah ni ada juga yang gelarkan pasar karat kerana di sini ramai peniaga yang menjual barat lama, barang terpakai dan antik. Kiranya Zumal dah terjebak berniaga barangan begini la. Tak sempat pun ambil gambar banyak sebab Nat Pokok Getah ni adalah pasar pagi yang paling ramai pengunjung dan paling sesak di Perlis. Zumal pun tak menang tangan layan customers.

Itulah pengalaman Zumal berniaga di pasar pagi seumur hidup. Adakah ianya bakal Zumal teruskan??? Nantikan share Zumal yang seterusnya...

Comments

  1. semoga dipermudahkan segala urusan ya !

    ReplyDelete
  2. mesti murah kan zumal barang2 yg djual..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau barang Zumal murah la juga. Barang orang lain jual ada murah dan ada mahal. Tapi bahan mentah sayur dan ikan murah kat sini

      Delete
  3. nmpk nyer kalu ke sn nnt boleh laa sy singgah kat nat pokok getah ni

    ReplyDelete
  4. Nat pokok getah pasar pagi rupanya..baru tahu..

    ReplyDelete
  5. zumal jual apa? barang lama ke mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulanya barang lama, sekarang melarat sampai jam dan mainan pulak

      Delete

Post a Comment

Popular Posts