PROJEK BIODIESEL : PEMBELI MINYAK TERPAKAI DI PERLIS


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Cubalah ke dapur ketika ibu atau kakak atau isteri anda sedang memasak atau lebih tepatnya menggoreng menggunakan minyak. Selepas menggoreng ke manakah minyak terpakai itu pergi? Di simpan atau dibuang? Tidak semua minyak sisa menggoreng itu dibuang kerana ramai yang menyimpannya untuk digunakan semula.

Minyak masak terpakai (WCO) ini jika tidak diurus dengan betul akan menjadi beban kepada alam sekitar, sama seperti minyak hitam kenderaan. Penyelesaian kepada masalah ini juga perlu menggunakan suntikan teknologi dan inovasi kerana sifatnya boleh menjadi agen pencemar.

Dalam hal ini, kini sudah ada teknologi untuk memproses minyak masak terpakai untuk dijadikan biodiesel. Sehubungan dengan itu Zumal mengajak anda semua yang berada di Perlis dan sekitar Perlis untuk tidak membuang minyak yang terpakai ke saluran longkang dan sebagainya. Anda simpan dan bila kuantiti minyak terpakai sudah banyak anda boleh hubungi nombor 01140793530 untuk jualkan minyak terpakai anda.

Walaupun hasil jualan minyak yang sudah terpakai tidak mahal tapi anda perlu sedar bahaya inilah inisiatif untuk mengelakkan pencemaran dan usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api petroleum yang semakin hari semakin susut bekalannya. Bersamalah kita menjaga alam sekitar demi kelangsungan hidup generasi seterusnya.

Comments

  1. yes
    dapat juga duit sikit kan bila dah jual semula

    ReplyDelete
  2. memang mak akan peram simpan sampai sendiri tengok tak selera hahaha.. tapi selalunya 2x guna ja. lepas tu buang. bagusla ada sistem macam ni kalo x lama2 makin kronik bumi yang da memang kronik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SYM, bersama kita selamatkan bumi ini...

      Delete
  3. Satu usaha yang dapat menyelamatkan alam sekitar dan menambahkan pendapatan.

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. selamatkan bumi. Kat Penang ada tak?

    ReplyDelete
  5. Memang menarik program ni Zumal. Selain daripada dpt mengurangkan pencemaran alam, boleh dpt income dan menjana minyak baru. mmg nice

    ReplyDelete
  6. ptg tadi pergi pusat recycle..nak jual botol mineral..pastu staff tu ada cite pasal minyak terpakai ni..dia cakap minyak terpakai ni di proses di jadikan minyak diesel utk kenderaan kereta..biasa nya akan di jual ke luar negara..harga minyak masak terpakai ni agak mahal tau...1kg RM1.50 kalau tak salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu JM, tapi banyak untuk kegunaan mesin di kilang

      Delete
  7. pastu staff pusat recycle ada pesan..kalau boleh jgn beli minyak masak dlm plastik harga RM2.50 tu...ada sebahagian syarikat penyeluar minyak tu..guna minyak terpakai tadi..proses semula di jadikan minyak masak..adeh! nak kaut untung nya pasal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh minyak pakej pilih jenama dikenali dan tengok tahap kekeruhannya

      Delete
    2. klu minyak plastik tu xleh pakai byk kali da

      Delete
    3. Betul tu sekali pakai pun dah nampak lain

      Delete
  8. btl tu zumal.. tp syg kt sini xtau nak jual kr mane

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pembeli kat Putrajaya tapi beli dalam kuantiti banyak jer

      Delete

Post a Comment

Popular Posts