SELAMAT HARI RADIO SEDUNIA


SELAMAT HARI RADIO SEDUNIA


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ini 13 Februari adalah merupakan sambutan Hari Radio Sedunia. Hari Radio Sedunia mula disambut bermula 13 Februari 2012.

Hari Radio Sedunia diilhamkan semasa sidang umum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ke 36 bagi pendidikan, organisasi dan kebudayaan (UNESCO) pada 3 November 2011.

Idea awal penetapan tarikh Hari Radio Sedunia bermula dari Spanish Academy of Radio yang merupakan delegasi tetap UNESCO. Mereka menganggap radio adalah salah satu alat penting dalam perubahan sosial dunia. Tarikh 13 Februari ini dipilih bersempena memperingati peristiwa pelancaran United Nation Radio pada 13 Februari 1946.

Bersempena sambutan Hari Radio Sedunia ini Zumal ingin menyampaikan ucapan selamat hari radio kepada semua insan yang bekerja di syarikat radio sama ada kerajaan mahupun swasta. Semoga terus maju jaya, tanpa anda sunyilah dunia ini.

Comments

  1. yeah! tanpa pendengar pun, dunia penyiaran radio tak berkembang. jadi... happy radio day to all!

    ReplyDelete
  2. klasiknya radio dlm gambar tu. dulu selalu dengar radio, tpi sejak zaman masih maju ni kat rumah mana ada radio dah, semua dengar lagu kat youtube, dengar berita tengok kat tv je

    ReplyDelete
  3. 13hb Feb sambutan hari radio sedunia ke..baru tahu..hehe

    ReplyDelete
  4. sy tgk SPM pg smlm diorg bincang psl radio dan personaliti radio tempatan

    ReplyDelete
  5. Selamat hari radio! Dengan radio kita kenal suara DJ-DJnya tapi bila bersua huhu sorry memang kita tak kenal orangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tu. Tapi sekarang stesen radio dah ada yg buat live kat fb dengan web. Ada juga artis jadi DJ.

      Delete
  6. baru tau ade hari radio sedunia lepas bace entry de tower kak farrah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts