SHOPPING PASU


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Ada gambar Mr. D.I.Y pulak yer. Apa la Zumal buat dekat situ kan... Hmm. Inilah yang Zumal nak kongsikan buat anda semua.

Awal bulan Februari ni Zumal ada beli pokok bunga matahari. Bukan niat nak tanam sangat just support kawan-kawan berniaga. Zumal faham dalam rezeki kita dapat tu ada hak orang lain sama tau. Jadi Zumal beli 3 pokok, tapi 1 pokok tu Zumal bagi dekat Mak Lang. Zumal tau Mak Lang suka berkebun sejak bersara ni. Dulu-dulu cengei gak Mak Lang ni lagi pun pengetua. Rumah Mak Lang luas, end lot. Sesuai la tanam macam-macam.

Rumah Zumal sekadar teres je tapi disebabkan kawasan perumahan zaman dulu, luas juga la kawasannya. 40 kaki kali 70 kaki nak kena jaga sorang-sorang memang penat juga la. Kos banyak juga sebab Zumal selalu tak sihat jadi terpaksa upah je orang menebas, meracun. Kata susah kenapa upah??? Ye sebab bagi Zumal dalam rezeki kita ada untuk orang lain juga. Tak nak la hidup ni sombong dan bongkak. Buat yang termampu, Allah Maha Mengetahui.

Eh tu masih intro beb, 3 perenggan buat intro sebab mood tengah baik. Kisahnya nak cerita pasal shopping dekat Mr. D.I.Y jer. Lepas beli pokok tu, teringin pulak pasu yang comel-comel untuk tanam pokok bunga matahari Zumal tu.


Dekat Mr. D.I.Y ni banyak pilihan pasu dan harganya murah juga la daripada awak nak beli dekat kedai jual pasu bunga tu. Zumal beli 4 biji pasu tapi pokok ada 2 jer. Sebabnya keesokkan harinya Zumal plan nak beli pokok rose jepun pulak.


Kalau pokok kita tanam tu batangnya lembut dan baru duk besar elok jangan siram pakai air paip tu nanti merana pokok awak. Jadi Zumal grab la sebotol botol spray ni untuk siram pokok.

Mana pokok-pokok Zumal? Lek lu bro, next entri Zumal share pasal tanaman Zumal yer. Hari ni kita cerita bab shopping jer. Ok la jumpa lagi dalam next entri...

Comments

  1. wahhh nk berbudi pd tanah (tanaman) yaaa

    ReplyDelete
  2. Menanam dan berkebun boleh di jadikan hobi yang sangat menyeronokan.

    ReplyDelete
  3. wahh zumal ajar la nak tanam bunga tuu..
    mmg best masuk diy ni
    brg murah2 semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omg, siapa la zumal nak mengajarnya Ayu... Tak pandai pun menanam just suka-suka

      Delete
  4. Zumal...dulu waktu sis JM travel ke Perlis...ada pergi kedai Eco Shop tau...semua barang RM2.12..kat sana ada jual pasu, baja, tanah...semua RM2.12..tak try pegi beli kat sana ke...kalau DIY ni mahal sikit dari Eco Shop tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts