Tips rawat anak demam panas di rumah dan petua turunkan suhu badan
Tips rawat anak demam panas di rumah dan petua turunkan suhu badan.
Apabila anak kecil demam panas ibu bapa akan risau malah ada yang mengelabah. Tambah jika demam mengigil, berlarutan dan tak lalu makan dan minum susu. Sebaiknya ketika anak demam ini elakkan hantar ke rumah pengasuh atau pusat jagaan. Ambil cuti dan rawat sendiri anak di rumah. Selama di rumah menjaga anak praktikkan tip rawatan yang disarankan ini.
Petua Turunkan Suhu Badan
Selain itu anda juga boleh mengamalkan petua di bawah untuk menurunkan suhu badan anak yang panas. Semuanya menggunakan bahan-bahan semula jadi.
-Asam jawa
Ramaskan asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur.
-Daun bunga raya
Ambil beberapa helai daun bunga raya lalu basuh dan kemudian rendam 30 minit. Kemudian daun tadi dipotong kecil-kecil. Selepas itu tapis dan ambil lendir daun tersebut. Lendir daun bunga raya boleh turunkan suhu badan. Celup tuala dalam lendir daun tadi dan sapu pada kepala dan badan anda. Buat selama 20-30 minit untuk turunkan suhunya.
-Air kelapa
Demam panas yang tak kebah-kebah boleh juga dirawat dengan minum air kelapa muda dua kali sehari. Insya-Allah panas akan mulai turun.
-Daun aloe vera
Potong daun aloevera, ambil lendirnya dan sapu pada dahi dan juga ketiak anak.
-Ubi kayu
Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut. Parutan ubi itu kemudiannya ditempekkan ke dahi anak anda. Apabila parutan ubi itu sudah kering, gantikan dengan yang baru sehingga suhu panas tu menurun ke paras biasa. Dalam pada itu, ibu bapa perlu banyak bersabar menjaga anak yang mungkin banyak kerenah ketika demam. Berdoalah
supaya anak cepat sembuh. :)
-------------
Untuk pembelian boleh terus WA ke http://wasap.my/601140793530/PM+Balm+Bayi
-------------
#TokSyedDistribution #BBTokSyed #BalmBayi #BabyBalm #Petuauntukibubapa
ANAK DEMAM RAWATLAH HINGGA SEMBUH
ReplyDeletebiasa dgr guna air asam jawa dan daun bunga raya..rupanya ada lagi bhn lain yg boleh turunkan suhu badan eh
ReplyDeletesllu pakai air asam jawa je..
ReplyDeletesbb tu je pon ade kt umah
mase kecik dulu mak sllu ramas pakai daun bunga raya
mmg mujarab
tp sini ssh nak cr daun tu
Kena tanam pokok bunga raya la. Bunga raya senang hidup...
Deleteye ramai suruh guna daun bunga raya tu...depa kata sejuk..tp cikyan xpnah cuba pon lg...
ReplyDelete