uQAIRA COOKIES ICE BLENDED


UQAIRA COOKIES ICE BLENDED


UQAIRA COOKIES

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Cuaca yang hangat lit lit (panas) macam sekarang buat kita sering dahaga kan. Kebetulan pula semasa pergi mendobi baju ternampak stall Uqaira Cookies Ice Blended kepunyaan Puan Diani beroperasi jadi Zumal singgah untuk membeli. Memang sesuai la panas-panas gini minum ice blended. Lagi pun ice blended uQaira lain dari yang lain.

Apa istimewa uQaira Cookies Ice Blended? Hmmm kalau korang beli ice blended ni bukan setakat korang hilang dahaga tau tapi juga rasa kenyang kerana ice blended banyak koko crunch, lepas di campur pula dengan biskut oreo, biskut ikan yang comel-comel tu dan beberapa bahan rahsia lain yang buat ice blended ni lebih sedap. Perisa ice blended ni seperti kat tempat lain juga iaitu mocha, vanilla, latte, Horlicks, cappuccino, jagung dan banyak lagi la. Harga pun berpatutan.





Teruja nak nikmatinya? Kalau begitu korang kena la singgah di stall uQaira Cookies Ice Blended ni yang terletak selepas traffic light  pertama Jalan Padang Behor kalau korang datang dari Anjung Keli atau IPG. UQaira Cookies Ice Blended ni beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang. Untuk sebarang maklumat lanjut boleh rujuk laman facebook rasminya iaitu di SINI...

Comments

  1. jauh nak pi ni ngeh3 tapi mana tau tetiba sesat ke sana kan.. habis semua cookies ada mujur ikan2 tu x brenang dalam air tu..

    ok tau x lawak..!! ahaha..

    ReplyDelete
  2. hadoi. skang ni memang panas lit lit.
    dpt pekena ice blended gini, wow! nyaman tekak kita ekk.
    tapi tu la. seram jugak dpt kejutan tekak ha ha ha...
    terus demam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la cuaca tak menentu... Moga tak demam

      Delete
  3. minum time panas2 memang sedap tu. hehe

    ReplyDelete
  4. wow..macam-macam bahan best untuk buat ice blended ni..patutlah nampak sedap

    ReplyDelete
  5. tgk pun dah tahu sedap..cuaca panas..sedut ice blended nk masuk tekak..nyaman

    ReplyDelete
  6. tiap2 hari lalu sini , kenapa tak tahu ada jual ice blended macam ni , esok ccl terjah lain ..

    ReplyDelete
  7. jaohnye nak cr..
    sini blm lg jmp orang bt ice blended letak koko krunch..
    mcm best je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts