#Segmen Azah Rahaman : AKU SEORANG BLOGGER !

Klik untuk join
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ni bertemu kita dalam segmen yang dianjurkan oleh blogger Azah Rahaman. Dalam tahun ni pertama kali Zumal join segmen kalau tak silap la.

Dalam segmen ni Azah minta blogger yang sertai menceritakan tentang sejarah blog iaitu bila blog ditubuhkan, maksud tersendiri nama dan url blog, cerita pahit manis sebagai blogger dan last sekali nasihat untuk blogger lain...

Untuk pengetahuan Azah dan semua, blog Dunia Zumal ni telah terwujud sejak bulan November 2012. Lama ke? Azah lagi lama walaupun muda lagi. Hebat tu... Al kisah masa tu Zumal jadi urusetia untuk program Hari Kanak-kanak, OKU dan Warga Emas peringkat Negeri Perlis oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Zumal ni macam penyambut tetamu, tunggu kat depan jalan masuk. Jadi bila duk barisan depan ni mudah ambil gambar. Maka secara tak langsung gambar pun banyak dalam fon. Zumal buat satu blog untuk share gambar program tu jer. Masa tu just gambar dan caption ringkas jer. Al maklum la tak belajar pun cuma tahu pasal blog sebab zumal pernah ada cyber cafe...

Seterusnya mengenai nama dan url blog ni, memang tak ada yang istimewa pun just combine nama zumal dan perkataan dunia tu. Sebenarnya masa awalnya ia lebih kepada diari zumal dan sebab itu la dinamakan Dunia Zumal. Domain dot com pula Zumal baru guna sejak tahun lepas. Sejak tiga tahun lepas nama Dunia Zumal telah pun Zumal abadikan sebagai nama syarikat di dalam pendaftaran SSM. Alhamdulillah selesa dengan nama sebenar. Walupun ada yang pertikai. Asyik nak membawang je...

Bila masuk bab pengalaman ni, zumal sekadar blogger picisan dan tak ada pengalaman yang menarik. Tapi yang best dapat join group Blogger Utara dan dapat kenal rakan blogger lain lebih rapat. Banyak juga job review yang dapat kami buat sama-sama. Event besar yang pernah Zumal join sejak jadi blogger adalah Program Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network. Masa tu gigih la menapak kat Jalan Ampang cari Saloma Bistro. Masa tu la kenal ramai blogger tapi tak tahu la dorang ingat kita tak. Paling best masa tu dapat jumpa otai-otai blogger dan dapat selfie dengan blogger idola. Idola Zumal, Ben Ashaari. Tu la pengalaman manis. Pahit ni banyak melibatkan review, macam lewat bayar dan ada yang tak bayar terus pun ada. Hmmm. 

Nasihat Zumal? Siapalah diri ini untuk menasihati. Cuma nak beritahu dalam kajian revolusi industri 4.0 kerjaya sebagai blogger adalah kerjaya yang tak terjejas dan blogger ni akan mengatasi kerjaya wartawan tau. Jadi sebagai blogger, kita teruskan berblog kerana suatu hari nanti orang akan nampak kerjaya kita ni. Sekian sahaja celoteh dari Zumal. Kepada semua yang join segmen ni, Zumal ucapkan salam perkenalan, mention la Zumal kat komen andai korang follow Zumal nanti Zumal akan follow balik yer. Wassalam...

Comments

  1. Macam macam eh history kejadian blog ni. :) Apa pun, betul. Just keep on menulis blog. Semoga entry entry dpaat memberi manfaat buat pembaca.

    http://www.azahrahaman.com/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  2. done follow sini :)

    kerjaya sebagai blogger antara sebab lain tak menganggu gugat orang lain. :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. membalas kunjungan.. dari segmen yang sama

    https://z3tty.blogspot.my/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  4. Blogger akan mencipta nama dengan penulisan hebat,perkongsian pendapat yang banyak manfaat dan ramai juga dengan blog bertemu pasangan hidup..

    so sweet tu..

    happy berblogging Zumal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tapi ada bertemu dan berpisah juga macam Zumal

      Delete
    2. kehidupan di dunia mana ada yang kekal abadi..

      hahahaha

      Delete
  5. hai zumal :)
    aida pun nak join la ni. tgk la kang kalu ada time, nak join ga / segmen.
    moga aida pun jadik rakan blogger zumal ye.
    blog aida xde pe pun , kecuali kisah idup sorang pompuan yg ada anak & suami :)
    kisah biasa.
    kisah biasa-biasa aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Aida, Aida kan memang rakan blogger Zumal jugak. Hehe...

      Delete
  6. abg ben bagus tau...mse dulu AD punya blog bpe kerat je follower..pastu abg ben buat segmen..then AD join..mse tu la baru kenal kwn2 blogger yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sama la follower Zumal pun naik masa join segmen juga. Dulu dalam seratus lebih jer...

      Delete
  7. #throwback nmpk? ;-)


    slmt bersegmen

    ReplyDelete
  8. dah 6 tahun bertapak dalam dunia blogger ni kan. wowww. lama tuu. otai niii. kehkeh. kalau dah terjoin geng2 denaihati network, org hebat nii. betul2 tu. dunia blogging ni kalau pandai cara boleh buat duit kan :)) antara nak dengan taknak je kan. btw, terima kasih sudi join segmen azah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana otai pun, petai je Azah... Terima kasih juga untuk Azah kerana anjur segmen ni...

      Delete
  9. Waa dah 3 tahun buka syarikat untuk blog. Saya dari hujung tahun lepas rancang nak daftar bisnes dengan SSM tapi tak kesampaian (ka malas?). Nak daftar syarikat tak mampu lagi. hihih

    ReplyDelete
  10. Selamat bersegmen, saya singgah follow sini :)
    http://www.nurzariniismail.com/

    ReplyDelete
  11. singgah dari segmen yang sama,, waahh menarik disebalik tabir kejadian blog ni.. hehe

    https://z3tty.blogspot.my/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  12. camne nk join blogger utara tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. MiYOKO klik logo di side bar, pm admin di page tu

      Delete
  13. Teruskan blogging dan jadi inspirasi para pembaca ^^

    ReplyDelete
  14. Wah! Dunia Zumal dah berwajah baru.
    Ha! yang lebih segar dan ceria.
    Keep on blogging :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts