ANTARA JARI, TELEFON ATAU DOT DOT


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Zumal harapkan semua yang singgah di blog Zumal sihat selalu. Insha Allah. Antara sedar atau pun tidak, dua bulan sudah pun berlalu di tahun 2018 ni. Semoga dua bulan yang berlalu pergi tu telah memberi permulaan yang baik bagi yang berazam melakukan sesuatu. Janganlah dua bulan berlalu tu tiada pun sebarang usaha untuk merealisasikan apa yang kita azamkan tu yer. Rugi tau. Masa yang berlalu tak dapat diclaim semula yer. Masa itu bak emas permata nilainya bahkan ianya tak ternilai tau.

Hari ini bukan nak cerita bab masa tapi bukan juga review drama atau lirik lagu. Antara jari, telefon dan dot dot tu kerana zumal ni tengah konfius tau dak. Tak tau? Hurmmm meh nak cerita. Selalu kalau zumal nak isi borang atau aplikasi dalam smartphone ni, mesti bila touch je kena tempat lain. Kalau korang tengok gambar kat atas tu debab sangat ke jari zumal ni? Tak kan lemak berkumpul di jari, dulu kalau touch screen ni mesti tak tersasar. Sekarang dengan typo dan terpaksa padam beberapa kali untuk taip entri ni. Lepas tu borang online yang ada pilihan misalannya negeri tu kalau nak touch Perlis mesti kena Penang, Pahang atau Perak. Tertekan sangat jiwa raga ni.

Dimanakah silapnya. Antara jari, dan telefon atau ... Hurmmm dalam pengamatan Zumal yang tajam setajam mata ayam di malam hari zumal rasa jari zumal maintain je macam dulu cuma memang tak runcing macam jari S@£@+ je. Kan kan kan. Lagi pun berat zumal pun tak naik pun. Bulan lepas boleh kekalkan berat bulan 1 yang turun 2kg tu. Pelik juga la walaupun maggi kerat dua makan sehari sekerat kenapa tak slim ehhh. Jari pun patutnya slim sebab zumal kan maintain menaip hari-hari kiranya jari pun bersenam selalu tau tapi jadi macam ni. Seksa rasanya wei...

Nak salahkan telefon ni, nampak gaya kesihatan telefon masih stabil walaupun rupanya dah tak ubah seperti penyendal pintu je. Siapakah yang bersalah??? 

Terima kasih kepada semua yang membaca, ianya sekadar luahan perasaan Zumal jer. Nak cerita kat anak ikan nanti jiran sebelah dengar pula zumal bercakap maklum la dorang tahu zumal duduk seorang diri kat rumah ni. Hehe... Ok babai...

Comments

  1. bak kata kawan saya, jari tembam hahaha

    ReplyDelete
  2. hahahahah..sama la kita zumal..kalo cikyan, wajib la tiap kali menulis tu akan typo...stresss mak nak ! tapi takpe, tu maknanya kita sdgn mbesar dgn sihat sejahtera..hahahahhaha

    ReplyDelete
  3. Hahahahahahahaha lawak ni. Biasa la, dulu pun Yun Sing tak pernah nak typo. Sekarang ni taip satu ayat pun padam berkali-kali..

    ReplyDelete
  4. mungkin screen telefon tu dah rosak
    dah boleh tukar phone baru
    jari tak bersalah rasanya
    kalau bersalah pun tuan jari tu
    hahaha

    ReplyDelete
  5. meaip kat sp mmg error selalu

    ReplyDelete
  6. Saya pula lain sikit. Jarang ada typo tapi selalu ada masalah tertinggal perkataan. Dalam otak, cakap ayat penuh. Tapi bila baca balik, ada perkataan tertinggal.

    ReplyDelete
  7. zaman sekolah dulu, jari saya ada benjol sedikit sebab cara saya pegang pensil/pen.. banyak menulis sebab banyak homework kan..sekarang tak ada dah benjol tu..tu tandanya saya dah tak banyak menulis ke..hehe

    ReplyDelete
  8. Hahahahaha selalunya kalau typo tu memang salahkan jari sebab dah berkumpul lemak dekat situ. Bertabahlah zumal :P

    ReplyDelete
  9. Jari mcik yang tua ni lagi la teruk. Clumsy. Guna stylus kadang kadang.

    ReplyDelete
  10. Hehe rasanya semua tu tak salah pun zumal cuma zumal tu yang perlukan rest rasanya la

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts