BILA ADA PHD


Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua. PHD. Tak pernah terlintas pun bagi Zumal untuk melanjutkan pelajaran sampai PHD. Sebab master pun tertangguh walaupun universiti dah terima proposal untuk buat master beberapa tahun lalu. Tapi tak kuat nak teruskan. PHD tu Zumal maksudkan mengenai Penyakit Hasad Dengki.

Maybe ada orang anggap Zumal ni ada PHD terhadap sesuatu. Misalnya bisnes misalnya yang jualan bertingkat-tingkat tu. Tak dengki pun dengan bisnes kawan-kawan cuma Zumal ingin sampaikan status tu buat beberapa makhluk tuhan je. Sememangnya Zumal dah mendaftar suatu ketika dulu. Niat hati tak nak sambung dah. Dia sebagai upline pergi bayarkan pula keahlian untuk tahun ni. Lepas tu nanti ada duit dia kata bayar. Geram betul.

Sebenarnya syarikat tu jenis PHD juga dengan syarikat pesaing. Sentiasa memburukkan marketing plan orang lain, produk orang lain tak bagus. Macam dalam dunia ni syarikat tu je betul. Betul tu sebab syarikat tu ada kepentingan dalam negara ni. Jadi semua betul la kan. 

Zumal tak beritahu tak minat sebab dah lama join. Dah lama usaha. Tapi kemampuan tu tak ada. Macam Zumal cerita dulu la. Habis duit dengan program dorang anjur jer.

Zumal tak dengki dengan bisnes tu tapi syarat dorang kepada ahlinya macam kuno tau. Di zaman serba moden ni larang ahli promote barang kat media sosial. Ape kes! Bukan semua orang ada kebolehan jadi salesman jalan sana sini jumpa orang. Kan???

Bukan dengki tapi memang ada ahli yang pangkat besar buat je iklan di media sosial jadi tak adil la kepada orang lain. Nak Zumal buat kena ikut peredaran zaman la. Hehe...

Lagi satu sejak akhir-akhir ni ada golongan berjawatan penting mula membawang tentang produk kesihatan itu ini dalam pasaran. Memang tak dinafikan ada yang betul dan ada bersifat dengki. Yer dengki dengan bisnes orang. Awak-awak gaji mahal tak pe la yang mereka yang lain cari rezeki dengan bisnes tu. Awak hancurkan periuk nasi orang tau. Walaupun ada D depan nama awak tapi awak bukannya tuhan. Kena ingat tu.

Ok la Zumal tak dengki tau just tak nak orang lain dimanipulasi macam Zumal kena jer. Bye bye...

Comments

  1. bahaya PHD tuuu...kene elak orang camniii

    ReplyDelete
  2. perangai yg 1 ni mmg payah nk hlg...plg sedih mengaku muslim pulak tu

    ReplyDelete
  3. macam marah sangat..

    bawa bersabar la bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marah juga la, daftar ahli pun bukan ada income masuk pun, beli pun tidak rugi jer. Tak best orang paksa-paksa ni

      Delete
  4. Semoga kita semua dihindari dari penyakit PHD ni ya heheh :D
    .
    Hana dah follow back sini ^_^ Terima kasih sudi follow blog Hana :D

    ReplyDelete
  5. Dunia sekarang ni penyakit PHD memang berleluasa.
    semoga dijauhkan :)

    ReplyDelete
  6. hebat zumal, pernah cuba sambung master.. saya degree pun merangkak dulu.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. aik? nape plak ahli tertinggi aje bleh promo gitu?
    ahli kecik tak boleh? no no no no lah...
    memang phd. tak aci, kan?

    ada satu syarikat ni plak, tak boleh promote dgn harga.
    aida pun tegur la member. kan ke undang2 kata kena publish harga.
    publish aje la harga jual. ko nak kasik diskaun, tu ckp belakang la.
    dia kata, undang2 syarikat. tak boleh publish harga. barang aje. nak tau, PM or DM or whatever M.
    hmmmm... aida inform dia, nak niaga ikot la peraturan yg betul.
    bukan peraturan melekehkan pembeli!

    ReplyDelete
  8. susah jugak berniaga kalau tak adil ni

    ReplyDelete
  9. Hmmm susah juga nak buat kerja kalau bagi syarat camtu

    ReplyDelete
  10. Salam Zumal.Mereka jual produk kesihatan,zumal juallah roti canai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, kalau la zumal pandai buat dah jual dah. Hehe

      Delete
  11. PHD memang tak dapat dipisahkan dengan orang kita, semoga saje kita tak tergolong dalam golongan tersebut kan

    ReplyDelete
  12. p/s sy click kt bloglist zumal ni tp xkuar pn blog diorg... knapa ya?

    ReplyDelete
  13. biasa org MELAYU yang ada PHD ni kan..betul tak..ke salah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts