KECEWA


Credit : ourstart.com
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Jarang-jarang Zumal update sekarang melainkan job review jer. Al maklum la Zumal dah ada kerja. Skop kerja ni sebenarnya sementara tapi Alhamdulillah ianya rezeki juga.

Zumal tak pernah beritahu famili tentang kerja baru zumal ni. Zumal dapat rasakan dorang tak faham apa zumal rasa. Gembira pada zumal macam tak gembira pada dorang.

Dulu beritahu buat blog, dorang tak komen apa pun tapi asyik tanya dapat kerja ke belum. Sebabnya mereka tak anggap berblog tu kerjaya. Kecewa kot. 

Macam zumal berniaga di pasar pagi, pada mereka macam Zumal tengah bergelumang dengan kesusahan dan berada jauh ke bawah. Sebabnya dorang asyik cakap kesian kena berniaga macam tu. Dorang hanya nampak ada kedai besar tu berjaya, jadi pegawai kerajaan tu berjaya. Nak menangis rasanya...

Dorang dah la tak pernah ada di sisi dan menilai apa kita buat tapi asyik pandang rendah. Dorang tak pernah tahu ke, pasar pagi yang dinamakan Nat Pokok Getah tu antara lokasi yang menjadi tumpuan dan menjadi tapak idaman peniaga di Perlis dan mereka yang kenal lokasi tu? 

Bertambah kecewa lagi bila ayah bagitau dengan bangganya adik bongsu borong barang dari China. Ayah??? Anak ayah tu berjaya kan? Kenapa ayah yang bayar sewa kedai dia? Kalau dia boleh beli barang sampai ke China kenapa tak boleh tampung kos kedai tu sendiri?

Mal ni blogger, tak perlu beli barang kat China pun boleh jana duit hanya dengan tulisan. Siapalah yang nampak? Orang tak pandang pun...

Comments

  1. sabar zumal
    kadang2 orang tua ambil masa nak faham kalau kita tak terangkan betul2
    yang penting buktikan zumal boleh berjaya dengan apa yang zumal buat sekarang

    ReplyDelete
  2. mrk mmg xfhm.. tp usah mrh... sblk nyer minta diorg doakn yg baik2.. ibu bapa mmg nk yg terbaik utk anak2 dan 1 hari kelak mrk ttu akn fhm tindakan kite

    ReplyDelete
  3. Solat dan didalam sujud mintalah agar dikurniakan limpahan rezeki.Inn syaAllah akan memperolehinya.Amalkan doa-doa mustajab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, terima kasih Nursyarifah Syed Putera...

      Delete
  4. biarkan mereka, yang penting kita tahu apa goal kita. Hidup kita, kita yang tentukan. Be strong ya zumal :)

    ReplyDelete
  5. sabar lah. kita tau siapa diri kita kan, mudahan ada sinar yang menyinari nanti. amin.


    jemput join segmen Azah :)
    http://www.azahrahaman.com/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  6. Just do what u want mr zumal. Sebab kalau kita kisahkan apa org kata, nanti kita jugak yang down. Kan? So, just prove them wrong. All the best.

    ReplyDelete
  7. banyak2 bersabar Zumal..just fokus dengan apa yang Zumal minat..suatu hari nanti, Zumal akan berjaya dengan apa yang Zumal minat tu.

    ReplyDelete
  8. rezeki Allah tu luas sebenarnye. bukaknnye kerja mkn gaji je. sebenarnye ngan bisness, rezeki lg bertambah2. InsyaAllah. semuanya dengan izin Allah

    ReplyDelete
  9. Fikir positif ye Zumal, pada kita parents tak hargai usaha kita tapi mungkin pada pandangan parent mereka cuma nak yang terbaik untuk anak mereka. Bersabar dan berdoa agar mereka terbuka hati nanti terima apa saje kerjaya yang Zumal pilih..goodluck Zumal

    ReplyDelete
  10. Sabar ye.. mak ayah sebolehnya hanya inginkan anak-anaknya hidup senang. Bagi mereka biar mereka susah tp diorang tak sanggup nak biar anak-anak mereka susah walau sekejap. Dan mungkin bagi mereka apa yang didepan mata itu lebih jelas

    ReplyDelete
  11. berbanggalah menjadi blogger..

    sekarang blog adalah medium utama para pemimpin negara menyampaikan idea mereka

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts