KEPUASAN


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Apa khabar anda semua? Zumal harap anda sihat dan ceria selalu. Insha Allah...

Sebagai seorang manusia biasa Zumal ingin mengejar kepuasan semaksimum mungkin dalam apa jua benda yang zumal lakukan. Biasalah kan.

Macam berblog juga, bila Zumal tetapkan matlamat untuk capai bila tak sampai target tu Zumal rasa down juga. Sekarang target sehari satu entri Alhamdulillah masih mampu Zumal capai.

Bila dah jadi blogger ni rasa tak seronok pula orang tak baca jadi zumal cuba pelbagaikan entri yang mungkin menarik minat orang nak baca. Bila Zumal tengok view untuk sesuatu entri itu ada, itulah kepuasan bagi Zumal sebagai seorang blogger picisan.

Sekarang zumal target sehari 1000 ja pageview. Alhamdulillah kebanyakan harinya mencapai target dan adakala lebih tapi sekali dua ada juga jatuh.

Itulah sebabnya bila facebook zumal kena block beberapa hari rasa tak tenteram jadinya sebab zumal ni lebih kerap online. Bila tak dapat online rasa macam demam jadinya tau. Teruk betul Zumal ni kan...

Lagi satu kepuasan Zumal bila berjaya menggunakan nama Zumal ni sebagai identiti blog dan bisnes sampingan dengan nama Dunia Zumal tapi ada juga yang tak faham. Siap tanya pasai apa pakai nama sendiri tak pakai nama macam company nampak lebih korporat. Ish suka hati ceq la. Dari 2012 Zumal usahakan semua ni tak kan nak tinggal atau tukar. Korang pun kenal Dunia Zumal tu, kalau pakai nama dunia hantu mesti korang ingat spam ke ape kan...

Bila kepuasan kita dipertikai orang, rasa geram. Walaupun ada yang dalam famili sendiri macam tu. Please jangan kasi ceq stress dengan suara-suara bawang. Zumal tahu la apa Zumal buat. Tak kacau u all pun. Ramai lagi blogger guna nama sendiri dikenali. Bayangkanlah ceq pakai nama dunia hantu, orang nak panggil encik hantu yer... Tak mampu zumal nak puaskan hati semua, biarlah Zumal bersama Dunia Zumal nya...

Comments

  1. wahhhh
    untunglah sehari 1000 pageview
    terbaikkk lah zumal

    ReplyDelete
  2. Tahniahhh! Banyak tuu tengah usaha jugak tapi mampu capai 30% jeaa sehari. Dah la jarangberupdate plak skrang

    ReplyDelete
  3. tingkatkan kemhiran menulis supaya mampu dikomersialkan bro...

    jika tak dunia zumal..

    bro boleh usha domain www.zumal.com then guna platform di wordpress

    ReplyDelete
  4. Ya, bersemangat! Usaha sama-sama ya ^^ Tahniah..

    ReplyDelete
  5. Waaa untung lahhh....pv cun

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/letih-masa-pregnant.html

    ReplyDelete
  6. Usaha tangga kejayaan kan.. Buatlah apa saja yang kita rasa puas.. Jangan layang Pak cik n mak cik bawang tuh.. hihihi..

    Teruskan semangat ye zumal,, :D

    ReplyDelete
  7. WAH PV MAKIN MENINGKAT TU TAHNIAH

    ReplyDelete
  8. Mama Rasa mama pun kena tetapkan matlamat juga sebab mood m Tu selalu menyinggah. Good luck semoga PV zumal bertambah2 lepas ni

    ReplyDelete
  9. share lah tips cara nak pv 1k/sehari

    ReplyDelete
  10. Usahakan sebaik mungkin hingga berjaya :)

    ReplyDelete
  11. fuhhh banyak tu 1k sehari. Kita tak cecah lagi sebanyak tu. Its okay lah Zumal, biasa la tu yang berbunyi. Ignore ja & do your best :D

    ReplyDelete
  12. Wahhh banyaknya pv zumal! Ciktie punya merundum je. Kena buat sesuatu ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts