MENJAMU SELERA DAN TELINGA DI KOLAKOLA


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ni Zumal nak kongsi pasal cuti CNY lalu. Lama dah yer baru nak keluar entrinya.

Cuti CNY lalu Faizul seperti biasa kalau cuti dia akan berkunjung ke rumah Zumal. Disebabkan dah petang tak tahu nak ke mana kami pun ke Kuala Perlis. Sebenarnya Zumal nak tunjuk orang main layang-layang tapi masa tu tak ramai pulak yang main layang-layang di persisiran pantai Kurung Tengar Kuala Perlis tu. 

Dah lewat petang kami singgah di sebuah warung iaitu Kola Kola untuk minum petang. Masa tu warung Kola Kola baru tengah bersiap nak beroperasi. Untuk pengetahuan warung Kola Kola ni memang jadi tempat lepak Zumal hampir setiap malam.


Menu popular di Kola Kola ni adalah seafood dan ada la menu wajib kat Kuala Perlis iaitu Laksa. Zumal order laksa je dan Faizul order nasi goreng Western. Menu kat Kola Kola ni terpamer kat dalam banner disekeliling warung, pilih la yang mana berkenan.

Selepas waktu Maghrib di Kola Kola ni kita boleh berkaraoke. Satu lagu RM2.00. Boleh la karaoke sampai habis suara depan pelanggan pelanggan warung Kola Kola. Tapi Zumal tak karaoke la sebab Zumal lebih rela nyanyi dalam bilik air je...

Zumal kalau pergi lepak situ just dengar kawan-kawan nyanyi je. Teman kawan. Lokasi Warung Kola Kola ni berhadapan tapak pasar tani pelancongan Kurung Tengar. Kalau anda dari Kangar terus je sampai ke simpang terakhir berhadapan laut, ambil simpang kiri dan dalam 2km anda akan jumpa warung Kola Kola di kiri jalan.

Comments

Post a Comment

Popular Posts