SARAPAN PAGI DI WARUNG ABG FAUZI LOSO

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Seperti biasa dalam tahun 2018 ini Zumal akan berniaga di Nat Pokok Getah pada setiap hari Ahad. Alhamdulillah Nat Pokok Getah menjadi tempat utama Zumal nak berniaga kerana di sana ramai pengunjung. Jual la apa pun mesti ada orang beli.

Selalunya hari Ahad Zumal memang tak sempat sarapan di rumah kerana Zumal akan keluar ke Nat Pokok Getah selepas subuh. Bukannya Zumal berniaga awal-awal tu tapi cuma pergi awal untuk dapatkan parking dan tapak berniaga je. Pengunjung dalam jam 8.00 pagi baru ada. Bila dah keluar awal macam tu memang menjadi rutin Zumal akan sarapan di Warung Roti Canai Abg Fauzi. Warung Abg Fauzi terletak di deretan kedai sebelum sampai kawasan nat (pasar pagi).
Inilah Abg Fauzi Loso


Selalunya Zumal akan sarapan roti canai atau roti telur, kekadang Zumal akan sarapan dengan menu cucur udang. Warung Abg Fauzi ni sentiasa full tau kerana menu di warungnya memang sedap sehingga menjilat jari. Tapak berniaga Zumal juga betul-betul di hadapan warung beliau yang lebih dikenali sebagai Abg Fauzi Loso. 

Kalau korang nak tahu Abg Fauzi Loso mendapat gelaran Loso kerana suatu ketika dulu beliau adalah seorang volkalis band terkenal di Perlis bernama Ser.Zaman dan sering mendendangkan lagu band Thailand iaitu Loso. Jadi orang lebih mengenali beliau sebagai Fauzi Loso.

Ok lah kalau korang berkunjung ke Pauh atau lebih tepat di Nat Pokok Getah jangan lupa untuk menjamu selera di warung ini...

Comments

  1. waa cucur udang... mmurah2..huhu nyum2

    ReplyDelete
  2. Terliur bila nampak cucur udang hehe. Lagi lagi bila makan waktu panas phew.
    https://ikashoid.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Zumal memang suka makan roti canai kuah banjir camtu tau...

      Delete
    2. hahaha
      Hans kalau kuah sedap okay lah banjir
      hehe

      Delete
  4. Makan roti canai kuah banjir mmg sedap! Btw zumal niaga apa ya? Semoga bisnea sukses.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal berniaga barang2 lama, antik, mainan dan jam...

      Delete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah dapat kenyangkan perut hingga petang

      Delete
  6. ZUMAL BERNIAGA DI PAUH YA..PERNAH JUGA KE SANA LAMA DULU

    ReplyDelete
  7. Sy bookmark ya.. lain kali kalau ada pergi situ boleh singgah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah YS nak datang yer. Bila nak balik Malaysia yer?

      Delete
  8. murah je tu harganya... mkn hari2 pun x pe

    ReplyDelete
  9. cucur udang memang sedap, cuma saya tak boleh makan sangat.gatal hidung =)

    ReplyDelete
  10. kadang menu kat gerai macam ni lagi sedap dari kat hotel..Kat hotel tu, selalunya more to presentation je lebih...

    ReplyDelete
  11. Pagi-pagi cucur udang dah ada ekk kalau kat sini itu pagi tak ada lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts