HASIL PELEBURAN

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hasil Peleburan. Memang bukan typo di situ sebab zumal nak share sesuatu yang meleburkan wang. 


Sejak dua menjak Mr. D.I.Y wujud di Perlis iaitu di Kangar dan Arau. Zumal bagaikan dihantui saka yang tersimpan di dalam kedai Mr. D.I.Y tu. Sebagai seorang blogger picisan zumal hanya pilih lokasi untuk shopping yang menawarkan produk dan harga yang berbaloi untuk wang anda, eh wang zumal. 


Sejak banyak projek review yang menjelma awal tahun ni, tebal la sikit dompet zumal. Sikit jer tebalnya. Tak jadi jutawan pun. Zumal pun kerap la shopping untuk mendeko rumah. Bosan juga kalau persekitaran dalam rumah tu sama ja dari tahun 2002 zumal menetap dalam rumah ni. Bila adanya Mr. D.I.Y zumal pun ambil peluang usha apa yang ada. Tapi selalu bukan usha je mesti akan terbeli jugak. Depa bela saka kot.


Baru-baru ni kan zumal ada beli laptop. Tengah melayari facebook tu tetiba keluar iklan dari kedai saka. Ada jual wireless mouse yang harganya murah. Dedulu mouse tak dak wayar ni harga dekat RM 100 gak. Masa tu laptop pun mahal gila lagi. Tapi kedai saka tu promote ada wireless mouse berharga cuma RM16.90. Tergugat iman.

inilah wireless mouse tu


Petang tu walaupun sakit kaki zumal pergi la Mr. D.I.Y, banyak pula jenis mouse tu. Nasib la tak tergoda beli mouse yang mahal. Zumal beli yang RM16.90 macam dalam iklan tu. Walaupun tak tergoda dengan pilihan mouse lain tapi zumal terjatuh hati pada cashier eh pada sebuah kotak. Kotak tu ada tulis Table Mate. Table Mate ni adalah meja mudah alih yang sesuai untuk letak laptop. Jadi zumal terbeli juga akhirnya. Lepas tu terbeli mouse pad sama. Pada dasarnya nak shopping cuma RM16.90 terlajak hingga RM55.80. Rasa macam nak suruh adik cashier tu cancelkan jer. Tapi saka lebih kuat dari hati ini...


Mai tengok Table Mate yang zumal beli tu. Tinggal dua bijik ja masa tu. Saka tu hasut, hang beli la cepat sat lagi habis...





Harga Table Mate ni cuma RM37.00 je. Lepas tu boleh laras pulak. Boleh letak tepi sofa or tepi katil. Korang jangan praktik letak kat toilet dah la yer. Saka tu pesan, korang pun kena beli jugak... Ok la nak taip entri lain pulak. Jumpa lagi di lain siaran...

Comments

  1. wah murah ya..saya baru-baru ni beli wireless mouse rm 20.00 harganya...

    ReplyDelete
  2. hahaha saka yang ini memang kuat! Akak kalau masuk Mr. DIY konon nak tengok-tengok,..tak adenya tengok. Kena buka dompet gak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah keluar dengan tangan kosong. tak gitu

      Delete
  3. Eh, baru perasan blog Zumal dah lain. Lama tak datang sini.

    ReplyDelete
  4. DIY tu memang ada mcm2 saka... saka perabih duit...haha

    ReplyDelete
  5. Alahai..post camni yang tak best ni. Rasa macam saka tu dah memanggil-manggil saya pulak pi sana >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. So sorry, zumal tak bersekongkol dengan saka tu tau

      Delete
  6. Haha..mmg ada saka pun kedai nie..masuk nak beli 1 2 brg je skali nak byr penuh bakul...haha tabah jer lah

    ReplyDelete
  7. hahahahha kalau dah masuk diy memang lebur seratus padahal nak beli satu dua barang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu, semua yang jumpa dalam tu mesti berkenan

      Delete
  8. sy pggl kedai hantu sbb kalu 'terserempak' mesti nk sggh n beli wpn 1 brg hahahaha

    ReplyDelete
  9. hebat betul saka tu punye penangan hehe

    ReplyDelete
  10. wah untung la bro dapat beli mouse yang harga runtuh..

    saya guna mouse yang bertali berjela jela dengan harga RM20.

    lepas tu beli meja plastik dan kerusi plastik..lebur juga RM150..

    tak terfikir pulak ada meja lipat begitu..

    terasa rugi juga tak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan dikesali yer bro. Maybe meja tu lebih luas dari meja zumal ni

      Delete
  11. Rasa bersemangat nak menulis bila dapat barang baru kan...

    ReplyDelete
  12. hahah saka hasut..weh pasaipa sama..AD pon baru beli meja ngan wireless mouse gak..miahaha..btw, mgkin zumal tak perasan setiap kali klik satu pos kat blog zumal mesti akan kua satu blank page..perhaps zumal boleh betulkan error tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sama yer AD. Sebenarnya zumal perasan masalah blog ni tapi zumal dah buat tak menjadi juga...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts