INI HASILNYA


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Setelah berblog sejak tahun 2012 tahun ini rezeki berblog semakin cerah buat Zumal. Alhamdulillah Zumal bersyukur sangat kerana mendapat sokongan individu, pengeluar produk dan rakan-rakan blogger terutama geng Blogger Utara. Kalau tak kerana anda siapalah Zumal ini.

Sebelum ni Zumal hanya berblog melalui telefon bimbit sahaja. Zumal kian gusar kerana telefon Zumal tu semakin uzur dan semakin sukar nak menaip disebabkan skrinnya retak seribu. Jatuh awal bulan lepas, tapi sebelum tu dah banyak kali jatuh tapi tak merosakkan skrin. Lepas tu hujung bulan telefon Zumal jatuh lagi masa zumal di hospital. Kali ni kamera pulak rosak. Nak baiki??? Tak berbaloi dengan harga baiki tu sebab telefon zumal tu hanya RM299 jer. Nak baiki dekat dengan harga baru dah. Rugi ooo.

Setelah bersabar, kumpul sedikit demi sedikit duit mereview dan bisnes hujung minggu Zumal, akhirnya dapatlah satu jumlah yang agak banyak juga Zumal pernah kumpul. Selalu kalau kumpul sekerat jalan jer mesti tershopping macam-macam. Tapi kali ini Zumal dah tetapkan matlamat nak beli telefon baru, jadi terpaksa la sekat kehendak pelik yang teringin nak beli itu ini tu.


Alhamdulillah minggu lepas Zumal dapat grab sebijik Redmi 5A. Harga lebih sikit jer dari telefon lama tu. Kamera Redmi 5A ni 13MP, ok la untuk ambil gambar. Puas hati la juga setelah beberapa hari pakai. Tapi bukan telefon jer Zumal shopping. Zumal beli sebuah laptop recond. Dalam sakit-sakit pun Zumal menggagahkan diri ke Jitra tengok laptop tu. Dapat la bawak balik laptop jenis NEC. Laptop zaman dedulu kan. Tapi pening sikit dengan laptop ni sebab banyak tulis Jepun. Jadi kena try and error la. Tekan sana silap, sini silap akhirnya mahir juga la. Maklum la dah lama tak pegang keyboard. 

Syukur juga dapat beli barang-barang teringin sangat nak beli tu. Semua ada dalam wishlist tahun 2018. Lepas ni nak kumpul duit untuk beli kamera, drone, nak servis kereta, barangan elektrik untuk rumah. Tapi ada lagi tak job nak masuk yer???

Semoga ada lagi la mereka yang inginkan Zumal review bisnes mereka kat blog ni. Maybe anda salah sorangnya kan, jangan malu-malu whatsapp zumal di 01140793530 atau email jer di zumal84@gmail.com. Sampai bertemu lagi di next entry yer, Salam sayang buat semua...

Comments

  1. Kan... Seronok berblog... Bila nampak hasil. Fiza pun aim laptop pulak dah sekarang ni. Hehe...

    ReplyDelete
  2. wow..tahniah zumal..smoga bejaya dalam dunia blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, semoga berjaya juga untuk Cik Nor

      Delete
  3. Alhamdulillah rezeki zumal....

    ReplyDelete
  4. siapa kata berblog x leh jana pendapatan? kannn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts