KENANGAN HIKING BUKIT LAKA PERLIS


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ni sengaja nak mengimbau kenangan lalu semasa zumal sihat. Semasa kaki kuat. Antara hobi yang agak mencabar pernah zumal lakukan adalah hiking.


Zumal memang mengimpikan hobi yang lasak sejak kecik lagi tapi famili tak izinkan. Teringin nak join 4X4, jungle trekking, camping dalam hutan dan hiking ni pilihan terakhir. Tapi pilihan terakhir tu yang zumal cuba dulu. Antara tempat yang pernah zumal jejaki untuk aktiviti ini di Perlis adalah Wang Gunung, Bukit Mas dan Bukit Laka.


Bukit Laka ni terletak di sempadan Perlis dan Kedah iaitu di Pauh Putra di belakang Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan MRSM Arau. Lokasinya bertentangan pula dengan kampus tetap UniMAP. Bukit Laka ni tingginya cuma 325 meter sahaja. Bukitnya agak gondol dan disebut juga sebagai Bukit Botak oleh student Politeknik situ.





Sebenarnya Zumal tak pernah fikir pun nak hiking di Bukit Laka ni. Rakan sekerja Zumal masa tu Fiza dan kawan baik dia Mimie yang ajak. Dorang tu pun tak tahu yang Zumal ahli group hiker kat Perlis yang diketuai rakan Zumal iaitu Cikgu Hairil. Bila ada geng ajak cepat la nak join. Kalau korang nak tau bukit paling rendah di Perlis pun Zumal belum jejak kaki lagi terus terjah yang tinggi. 


Zumal berharap suatu masa nanti kalau dah sihat nak jejak bukit-bukit yang rendah kat Perlis ni. Lepas tu nak kembali join group hiker yang dah zumal tinggalkan. Moga dorang ingat lagi la zumal ni.


hiking stick
Lepas ni kena prepare barang-barang hiking pula. Di Perlis ni susah nak beli. Nasib la PTT Outdoor buat jualan secara online. Barang utama yang zumal nak beli adalah Ainen Stick macam dalam gambar tu. Kata mudahnya adalah tongkat la. Harga sekarang ni hanya RM 40.00 ada dua pilihan warna iaitu biru dan hitam.

knee guard

Lagi satu zumal nak beli Knee Guard untuk support lutut semasa hiking. Harga di PTT Outdoor cuma RM80.00 jer. Rugi kalau tak beli sekarang ni.

Selain tu zumal teringin nak beli hammock. Sekarang hammock ada diskaun. Dulu harga RM130.00 tapi sekarang RM90.00 jer. Murah sangat tu. Hammock dekat PTT Outdoor ni dari material kain parachute lepas tu siap dengan mosquito net lagi. Berbahagia camping atas bukit nanti.

hammock
Fuh korang pun minat juga beli barang hiking??? Jangan risau la, mudah jer kalau korang nak beli barang hiking ni. Just klik gambar dekat bawah. Bukan saja barang hiking, PTT Outdoor sesuai dengan namanya menjual segala barangan keperluan aktiviti lasak.


PTT Outdoor

Sekarang semua di hujung jari jer. Ingat tau kalau nak shopping barang outdoor beli jer di PTT Outdoor. PTT Outdoor menjual kelengkapan aktiviti lasak anda.

Comments

  1. Nampak seronok hiking, kena bertabah dengan sakit lutut ni... tunggu baik akan try hiking... InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. asben aida now tegar hiking.
    so, byk la peralatan berkaitan hiking ni ada kat umah ni, zumal.
    aida tak minat sgt ikut dia.
    setakat bukit beruang tu ok la hi hi hi hi...
    zumal, nanti bagi address & phone no kat blog aida. aida tak publish.
    baru sort out. zumal top komen bulan March lepas :) tq tq tq.

    ReplyDelete
  3. dulu ada geng hiking tp fia da pindah.. kwn2 skrg x minat keje2 lasak ni

    ReplyDelete
  4. Suka hiking gak sebenarnya, cuma belum ada peluang nak jejak bukit yang lebih tinggi. Harapnya in the future la :)

    ReplyDelete
  5. wahhhh baru tahu hammock ada mosquito net dah sekarang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts