NASI KANDAR PERLIS

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Korang minat makan nasi kandar tak? Kalau orang utara terutamanya orang Penang sure minat nasi kandar.

Zumal yang tinggal di Perlis pun peminat setia nasi kandar. Pada tulisan kali ini zumal nak cerita perbezaan nasi kandar Perlis dan nasi kandar Penang. Eh ada beza ke? Ada beb...
Nasi Kandar Perlis

Sama ada korang perasan atau tak nasi kandar Perlis nasinya bewarna kuning manakala nasi kandar Penang warna putih. Kalau di Perlis, nasi putih tu dijual di kedai nasi campur je. Kecuali Restoran Yasmeen dekat Arau nasi kandar depa putih.

Beza nasi kandar dan nasi campur selain warnanya adalah lauknya. Lauk nasi kandar Perlis sama je dengan Penang iaitu lauk wajib kari ayam, ayam madu, daging masak hitam, kari sotong. Menu lauk tu kalau tak ada memang tak beratur la orang datang.

Dalam tulisan lain nanti Zumal nak share mengenai kedai-kedai nasi kandar yang ada di Perlis. Jangan lupa baca kay NASI KANDAR POPULAR DI PERLIS Mai Perlis jangan lupa pekena nasi kandaq naa...

Comments

  1. Nasi Ganja pasar malam Semadong sedap...huhu..zaman Alam study IKM dulu rajin jugak la beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah Alam, Zumal ni tak pernah pergi pun pasar malam semadong tu...

      Delete
  2. kalau harga ok..

    berbaloi nak beli.

    kalau harga "membunuh" terpaksa pandang dari jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah andai pandai memilih tidak la mahal sangat...

      Delete
  3. waduh waduhhh. tiba tiba lapar bila nengok nasi kandar perlis ni hahaha

    ReplyDelete
  4. Sedapnya dah lama tak makan. Tapi nasi kandar perlis tak pernah try. Tengok pun belum lagi

    ReplyDelete
  5. Nasi kandaq pilihan CCL of course laa nasi kandaq beratuq sebelah mcd tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la, Hameed Nasi Kandar memang best...

      Delete
  6. kalu sy g perlis bln dpn, nk try jg laa ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts