NASI KANDAR POPULAR DI PERLIS

Hameed Nasi Kandar

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Seperti yang pernah zumal janji dulu, zumal nak kongsikan antara restoran atau gerai nasi kandar yang ada di Negeri Perlis. Hampa jangan ingat kat Penang ja ada nasi kandaq, Perlis pun ada noo. Nasi Kandar, maybe pandangan hampa ianya sama ja kat mana pun tapi dalam entri ni zumal nak bagitau yang nasi kandaq di Perlis ada perbezaannya. Macam mana? Hampa nak tau ka?

Untuk pengetahuan hampa, di Perlis ni banyak kedai nasi kandar. Cuba hampa google 'nasi kandar Perlis' pasti keluar berlonggok macam dekat bawah ni. Sampai zumal sendiri pun ada belum pernah pergi...



Nuun Nasi Kandar - Suatu masa dulu Nuun Nasi Kandar ini adalah gerai nasi kandar yang popular juga. Kalau lambat memang habis la. Dulu gerainya terletak di kawasan pasar besar Kangar berdekatan stesen bas Bukit Lagi. Disebabkan pasar dipindahkan ke Pasar Besar Sena, mereka pun turut sama berpindah. Zumal sendiri dah lama tak pergi ke sana. Nuun Nasi Kandar ni beroperasi dari pagi hingga tengah hari. Nasi kandar yang menjadi fevret arwah tok wan.
gambar google

Hameed Nasi Kandar - Hameed Nasi Kandar merupakan warung paling popular di kalangan rakyat Perlis. Di sini la kita boleh tengok orang beratur panjang tunggu giliran. Hameed Nasi Kandar beroperasi pukul 6.00 petang, dalam pukul 10.00 malam selalunya dah habis. Lokasinya paling mudah iaitu sebelah McD Kangar. Ada mereka menggelarkan ia Nasi Kandar McD. Dekat sini salah satu kedai nasi kandar fevret zumal sebab lauknya banyak pilihan. Dua tahun lalu pernah beratur di sini lebih sejam kerana nak beli nasi kandar untuk berbuka puasa.

gambar google

gambar google
Fatimah Nasi Kandar - Juga dikenali sebagai Nasi Kandar Klinik Menon kerana gerai nasi kandar ini beroperasi di hadapan Klinik Menon, lebih mudah berdekatan Mr. DIY Kangar. Fatimah Nasi Kandar beroperasi sebelah petang hingga malam. Dekat sini juga antara gerai nasi kandar popular dan kena beratur juga kekadang.

Ghani Nasi Kandar - Gerainya terletak di Stesen Bas Bukit Lagi atau dulunya dikenali sebagai stesen bas ekspress. Waktu operasi pagi hingga petang. Dekat sini antara gerai nasi kandar paling awal buka. Zumal pernah makan lepas subuh. Semua lauk dah ready. Tapi lauk tak banyak pilihan. 

Restoran Abdul Alim - Lokasinya di belakang Bangunan KWSP Kangar, berdekatan dengan Stesen Bas Bukit Lagi juga. Restoran ini buka dari pagi hingga malam. Zumal suka pasembor dekat restoran ni. Hehe lari tajuk. Sebab pasembor susah nak cari tau.

Rostam Nasi Kandar - Lokasinya di km2 Jalan Kaki Bukit iaitu jalan menuju ke Padang Besar. Restoran ni buka dari pagi ke malam. Tak banyak pilihan lauk tapi paling mudah dan cepat. Tak perlu beratur. Bagi zumal sedap juga.

Al Saggoff Corner - Bersebelahan Masjid Jejawi Sungai Adam, iaitu di kiri jalan dari Kangar ke Arau. Dulu Zumal pernah cerita pasal nasi kerabu yang sedap dekat sini. Di warung ini juga ada nasi kandar, pilihan lauk ok la dan yang penting sedap. Waktu operasi pagi hingga tengah hari jer.

Ini adalah hanya sebahagian lokasi untuk hampa cari nasi kandar, dan ianya lokasi nasi kandar versi Negeri Perlis. Nasi Kandar versi Perlis ni nasinya berwarna kuning lebih kurang macam nasi ganja yang popular tu juga tapi nasinya rasa macam berlemak dan berempah. Dalam entri ni zumal tak letak nombor mana yang paling sedap. Sebab citarasa kita tak sama. Apa pun, nasi kandar antara juadah kena cuba di Perlis. Tepuk dada tanya selera. Jumpa lagi di lain episod...

Comments

  1. sedapnya nasi kandar makan waktu lunch ni. perghhh

    ReplyDelete
  2. wahhh meriahnya banyak choice nasi kandar. Kat sini susah nak cari :(

    ReplyDelete
  3. nasi kandar perlis terbaikk sbb nasinya sedapp...bkn nasi putih hehe

    ReplyDelete
  4. BOLEH CUBA TRY NASI KNDR PERLIS KALAU P SANA

    ReplyDelete
  5. kita nasi kandar penang ja besa makan.. perlis belum lagi sebab dah lama tak sampai.. last sampai pun masa umo 19 tahun dulu.. wakaka.. dua poloh tahun lebih dah tuu

    ReplyDelete
  6. nampak menyelerakan nasi kandar perlis..kalau ada sampai sana, boleh singgah makan

    ReplyDelete
  7. banyak betul nasi kandar
    zumal sila belanja Hans lepas nih

    ReplyDelete
  8. Negeri adik ipar fiza. One day bila ke sana nanti nak jugak merasa. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo macam tu yer, rakyat Perlis amat mengalu-alukan kedatangan Fiza...

      Delete
  9. Banyak juga ya outlet nasi kandar kat Perlis. Mesti sedap dan ada kualiti sebab ada persaingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, zumal sendiri belum terjah semua...

      Delete
  10. Lama sungguh akak tak pekena nasi kandar. Jauh bezanya antara nasi kandar orang utara buat dengan orang di sini buat.

    ReplyDelete
  11. Banyak juga yer kedai nasi kandar di Perlis. Dah lama tak singgah jalan-jalan cari makan di Perlis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami mengalu-alukan kedatangan Kak Azi. Hehehe...

      Delete
  12. Banyaknya kedai nasi kandar ni ya. New goal. Kalau balik Malaysia nak makan nasi kandaq.

    ReplyDelete
  13. mudah le if aida nak ke perlis.
    tau dah mcm2 tempat best di sana.

    ReplyDelete
  14. Dulu study kat perlis. Paling suka makan nasi kandar yasmeen di arau.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts