REZEKI MALAM


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Niat dihati update status di fb kekalau ada COD makanan jap tadi. Almaklum la lepas kemas rumah dan prepare barang nak jual esok tetiba kaki zumal kembali sakit. Rasa berdenyut macam nak keluar air mata. Seksa.

Tak ada pula yang jawab ada COD ke tak. Dengan rasa redha esok je la makan walaupun lapaq gila sebab hanya sarapan bihun segera pagi tadi. Tetiba dapat balasan mesej dari ex boss zumal kat JKM, Puan Yus. Lepas tu dia terus call maybe zumal tunggu zumal balas lambat sangat. Puan Yus tanya nak McD tak? Zumal dalam blur jawab nak jer. Lapar kot.

Selang berberapa minit lepas tu Puan Yus sekeluarga sampai depan rumah. Fuh Puan Yus belanja zumal Big Mac. Alhamdulillah, rezeki. Rasa terharu sangat bila ada insan ambil tahu tentang kita ni. Puan Yus memang dah banyak tolong zumal sejak kerja di PAWE dulu.

Semoga Allah murahkan rezeki Puan Yusnita sekeluarga. Dulu ada orang nak laga-lagakan kami, tapi zumal buat tak tahu jer. Hubungan zumal dengan tempat kerja lama pun still on. Zumal tak buat salah pun, buat apa nak lari dan menyembunyikan diri macam ada sorang tu... Alhamdulillah, kenyang dah malam ni walaupun sakit still sakit. Harap esok lega nak pi berniaga...

Comments

  1. terbaik la Bro..

    rezeki yang tidak disangka-sangka tu..

    alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Semoga Zumal cepat sembuh..tengok nikmat sihat ditarik seketika, Allah SWT gantikan dengan rezeki makanan. Allah SWT maha pemurah lagi maha penyayang.

    ReplyDelete
  3. big mac feveret mr.asben aida.
    pegi mcD, tau dah the only burger yg dia nak makan.

    ReplyDelete
  4. ALHAMDULILLAH REZKINYA...ALLAH MAHA MENDENGAR N MENGETAHUI

    ReplyDelete
  5. wahhh sedapnye... lapa pulak nampak malam-malam begini

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaaaa mcd...blog zumal ni kenapa ea asyik page not found & appear 2nd link tapi masih page yang sama?..nak komen pon jadi benda yang sama..

    ReplyDelete
  7. Wow tudia. Gembira bila nampak orang berhati mulia gini ^^ Tambah lemak la lagaknya hehehe

    ReplyDelete
  8. wahhhh bestnya ada yang ambil berat siap hantar depan rumah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts