TERCEKIK

lepas tercekik dia selfie

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Fuh zumal nak bergosip lagi ni wei. Hal personal jer, zumal tak mengumpat yer.


Ceritanya dalam jam 10.00 pagi tadi. Zumal sarapan dengan nasi bungkus. Nasi ganja. Hari ni kira antara orang terawal pergi beli nasi ganja tu sebab dorang baru buka kedai. Hmmm nasi panas-panas lagi. Lauk pun panas lagi.Maklum la baru lepas masak.


Bila dah bungkus bawak balik makan di rumah jer. Zumal ni ade satu problem. Kalau makan mesti kena sulam dengan air. Kalau tak confirm tak dapat menelan. Makan tak kunyah banyak kali gitu la jadinya kan. Tapi zumal kalau kunyah sampai lumat pun tetap kena minum air. Spesies alien walaupun telan macam ular sawa.


Zumal ni kalau makan takde la gelojoh macam sat lagi ada hantu nak kejar, kena makan cepat-cepat. Zumal makan tertib ja. Cuma kalau kebulur tu cepat la habis. Tadi pun makan dengan penuh sopan santun tau. Tapi tercekik.


Sampai beberapa jam rasa tak selesa. Macam nak drive pi hospital. Bukan tercekik tulang tapi entah la maybe daun ke ape ke dalam nasi tadi tu. Rasa sesak nafas sangat-sangat. Cuba muntahkan tapi tak pula keluar benda asing tu.


Tapi sekarang macam dah hilang pula. Alhmadulillah la moga tak ada apa-apa la. Entah apa-apa je entri zumal ni kan... Sabar je la kepada yang terbaca tu...

Comments

  1. Kalau benda sedap. makan selalu boleh buat tercekik atau tersedak atau tersedu huhu. Nasib baik ok ok saja takda pape. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah takde sesuatu yang buruk. hehe...

      Delete
  2. Biasa kalau tercekik saya minum air atau makan nasi yang dikepal =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air masih mampu cari, kalau nasi kepal kena pergi beli. Hehe...

      Delete
  3. Awak macam hubby saya, kalu makan tue mesti akan tercekik, walhal dia takdelah makan gelojoh sangat... Macam saya pulak memang tak penah bersulam dengan air kalu makan, ada kalanya bila dah makan, boleh terlupa nak minum air.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo penyakit orang lelaki agaknya. Zumal tak pernah la terlupa minum air lepas makan...

      Delete
  4. selalu jugak tercekik bila makan laju2.. kena banyak minum air..baru okay

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm ni tercekik macam tercekik tulang tu tapi bukan tulang. Hehe...

      Delete
  5. makan ada baca Bismillah tak ?

    paling koman pun doa makan hehehehe..

    alhamdulillah..

    semuanya dah ok

    ReplyDelete
  6. hati2 lah dik. kita sekarang dah kena makan menguyah 44 kali baru telan, kalau tak takut masalah refluks tu bikin mencekik sampai sesak nafas balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm zumal sesak nafas juga masa tu. Itulah buat zumal terfikir nak pergi hospital

      Delete
  7. Alhamdulillah..nasib baik tiada benda-benda buruk terjadi pada Zumal

    ReplyDelete
  8. jgn tercekik yg bahaya sudah...

    ReplyDelete
  9. Lepas tercekik selfie pula.. yang ni memang lawaknya kat sini hahaha.. Hati-hati yer, lain kali jangan lupa telan dengan air..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts